Options
Analisis Tematik Pandangan Hukum Muamalat Jawatankuasa Muzakarah MKI Sepanjang Hampir Lima Dasawarsa
Journal
Journal of Muamalat and Islamic Finance Research (JMIFR)
Date Issued
2023
Author(s)
Abdul Azib Hussain
Muhamad Zuhaili Saiman
Mohd Kamil Ahmad
Shukri Yahya
DOI
10.33102/jmifr.523
Abstract
Kajian ini mengetengahkan analisis tematik terhadap pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dalam bidang muamalat. Skop tempoh pandangan hukum dianalisis bermula dari tahun 1971 hingga 2020, iaitu sepanjang tempoh 49 tahun. Analisis pandangan hukum dipersembahkan berdasarkan tema dan isu meliputi zakat, wakaf, emas, pewarisan, KWSP, pelaburan, pinjaman, perbankan, insurans dan takaful, tabung haji, pajakan dan baitulmal. Sumber data kajian antaranya diperolehi daripada buku Kompilasi Pandangan Hukum Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) edisi ketujuh yang telah diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tahun 2021. Reka bentuk kajian berbentuk kualitatif dihuraikan secara analisis deskriptif berpandukan tema menggunakan metode induktif, deduktif dan komparatif. Dapatan kajian menemui empat aspek utama yang boleh dikemukakan sebagai analisis tematik iaitu; [i] Pendalilan dan keterangan penghujahan; [ii] Metodologi dan bahan rujukan; [iii] Pertentangan fatwa, dan; [iv] Sulit dan rahsia. Di akhir perbincangan, kajianini mengesyorkan beberapacadangan pemantapan terhadap pandangan hukum muamalat seperti aspek persembahan kandungan jawapan pandangan hukum serta deklarasi dan hebahannya
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Analisis Tematik Pandangan Hukum Muamalat Jawatankuasa Muzakarah MKI Sepanjang Hampir Lima Dasawarsa(Thematic Analysis of Muamalat Legal Views of the MKI Muzakarah Committee Over Almost Five Decades).pdf
Size
706.49 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):f97e5f968bc11416a17b65039c135656