Publication: Kepelbagaian Motivasi Targhib Dan Tarhib Menurut Perspektif Al-Quran
Loading...
Date
2021-10-06
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Insan memerlukan kekuatan dan dorongan untuk terus berjaya di dalam hidupnya, sama ada ia urusan dunia mahupun akhirat. Dorongan ini lazimnya dikaitkan habuan kebendaan jika ia berkait dengan urusan dunia dan ganjaran pahala serta kenikmatan syurga apabila ia berkaitan dengan akhirat. Kecintaan insan kepada dunia dan perhiasannya menyebabkannya melebihkan bahagian kecil hidupnya dan melupakan bahagian yang lebih penting iaitu akhirat yang kekal abadi. Oleh itu, tulisan ini menarik perhatian pembaca mengenai bagaimana al-Quran menaikkan semangat hamba untuk mendorongnya mengejar akhirat tanpa melupakan bahagiannya di dunia. Tulisan ini adalah sebuah kajian kualitatif yang menggunakan metod data analisis, iaitu dengan menganalisa ayat-ayat al-Quran yang mengandungi teknik motivasi serta jenis-jenisnya yang boleh difahami dengan panduan kitab-kitab tafsir. Tulisan seumpama ini penting untuk menjelaskan kepada masyarakat bahawa dorongan yang Allah sediakan itu bukan sekadar ganjaran dan balasan terhadap apa yang dikerjakan, tetapi meliputi ancaman kepada hamba yang melanggar peraturan Allah SWT. Ia penting agar kehidupan harian hamba itu dipandu dengan acuan Islam demi meraih keredhaan Allah SWT. Ia diharap dapat menyumbang kefahaman kepada umat Islam bahawa Islam tidak menolak kemajuan tetapi menekankan keseimbangan dalam kehidupan.
Description
PAPER PROCEEDINGS THE 7TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION (SWAT) 2021
“ISLAMIC AND NON-REVEALED KNOWLEDGE IN FACING THE GLOBAL CHALLENGES”
6th – 7th October 2021 / 29 – 30 Safar 1443H
Faculty of Quranic and Sunnah Studies
Universiti Sains Islam Malaysia
Keywords
motivasi, targhib, tarhib, al-Quran