Options
Factors Of Leadership Behavior: An Investigation On Mosque Leaders At Kedah Darul Aman
Journal
Jurnal Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Perkhidmatan Awam
Date Issued
2011
Author(s)
Abdullah Haji Abdul Ghani
Abstract
Kajian ini mengkaji pengaruh ciri-ciri kepimpinan terhadap gelagat kepimpinan dalam kalangan para pemimpin masjid di Kedah Darul Aman. Kemampuan kognitif umum, personaliti, dan sifat keagamaan dihipotesiskan sebagai ciri-ciri kepimpinan asas. Sementara itu, pengalaman memimpin dan motivasi untuk memimpin (MTL) dihipotesiskan sebagai ciri-ciri kepimpinan perantara. Selain daripada itu, autonomi kerja dihipotesiskan sebagai konstruk penyederhana terhadap perhubungan di antara ciri-ciri kepimpinan dan gelagat kepimpinan. Satu set kertas soal-selidik berstruktur telah diedarkan kepada 30 imam di kawasan Kubang Pasu, Kedah Darul Aman. Menerusi analisis regresi berperingkat, ciri-ciri kepimpinan imam ditemui mempunyai 60.6% varian terhadap gelagat kepimpinan imam dengan personaliti (ekstravert) sebagai ciri kepimpinan paling signifikan. Selain daripada itu, motivasi untuk memimpin (identiti afektif) juga menunjukkan kebarangkalian untuk mempengaruhi gelagat kepimpinan imam. Kajian ini juga menemui, autonomi kerja menyederhana perhubungan di antara ciri-ciri kepimpinan dan gelagat kepimpinan imam secara signifikan. Secara keseluruhan, kajian menemui MTL (identiti afektif) mempunyai pengaruh sebagai konstruk perantara terhadap perhubungan di antara pembolehubah asas dengan gelagat kepimpinan secara separa. Oleh itu, kajian ini menemui sokongan minimal terhadap model pengaruh ciri-ciri kepimpinan asas kepada gelagat kepimpinan adalah didokong oleh ciri-ciri kepimpinan perantara. Selain daripada itu, kajian ini menemui sokongan penuh terhadap model pengaruh ciri-ciri kepimpinan terhadap gelagat kepimpinan imam adalah disederhanakan oleh pembolehubah autonomi kerja.