Options
Perubatan Nabi: Kefahaman Terhadap Sunnah Dan Praktis Perawat
Journal
AL-ABQARI: Journal of Islamic Social Sciences and Humanities
Date Issued
2019
Author(s)
Kasim Ramli
Sofia Hayati Yusoff
Abstract
Setiap insan pasti mengalami sakit. Pesakit perlukan rawatan. Lazimnya perawat merawat pesakit berasaskan kepercayaan, ilmu, tradisi dan persekitaran. Nabi Muhammad s.a.w telah mengamalkan beberapa teknik rawatan untuk merawat diri sendiri, ahli keluarga dan para sahabat. Kajian ini bertujuan 1) meneliti keberkesanan rawatan nabawi terhadap pesakit 2) menyatakan kewujudan teknik rawatan yang lebih mesra jiwa, lebih selamat dan lebih jimat berbanding ubat berasaskan kimia dan dadah 3) mengenalpasti sesetengah institusi perubatan di Malaysia yang masih mengamalkan legasi nabawi ini dalam era kemajuan perubatan moden. 4) menyatakan bahawa sebahagian kaedah ini tertakluk kepada kajian dan ujian yang sesuai dengan kehendak persekitaran, peredaran zaman ramuan perubatan. Metod Kajian ini berdasarkan pengalaman khidmat rawatan pengkaji sendiri dan penglibatan beliau dengan persatuan perubatan Islam ternama dalam negara serta penelitian terhadap teks al-Quran dan al-Sunnah. Kajian ini mendapati tiada kritikan terhadap pelbagai kaedah perubatan kecuali berkaitan penggunaan pelbagai bahan herba. Berasaskan pengalaman rawatan pengkaji, terdapat puluhan kes kesembuhan pesakit melalui penggunaan herba yang dinyatakan dalam hadis tetapi terdapat juga puluhan kes kesembuhan pesakit disebabkan pengguna bahan-bahan herba tempatan.
File(s)
Loading...
Name
Perubatan Nabi Kefahaman Terhadap Sunnah Dan Praktis Perawat.pdf
Size
534.72 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):f38e6b07fcc7a1daf21b03c9068b86c7