Publication:
Transformasi Digital dan Norma Baharu dalam Membantu Penggiat Industri Pelancongan Domestik di Malaysia

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji keberkesanan transformasi digital dan norma baharu kepada penggiat industri pelancongan dan kebudayaan ketika mendepani cabaran penularan pandemic Covid-19. Kajian ini menggunakan kerangka teori yang digunakan Technology Acceptance Model (TAM) meliputi 206 responden penggiat industri pelancongan domestik di seluruh Malaysia. Responden dari pelbagai latar belakang dan negeri diminta melengkapkan borang soal selidik dan analisis deskriptif serta analisis kebolehpercayaan untuk meneliti sama ada transformasi digital membantu mereka dalam promosi perniagaan pelancongan selepas Covid19. Justeru, survey keratan rentas digunakan untuk mengutip data. Persoalan kajian yang jelas dan khusus dirangka untuk meneliti sekiranya perubahan trend dalam perniagaan dilaksanakan oleh penggiat industry pelancongan, dapat membantu mereka meneruskan kelangsungan ekonomi atau apakah mereka berputus asa dan mengambil keputusan tidak bernas dalam keadaan yang tidak menentu ketika itu. Penyelidik juga berharap dapat mengenalpasti strategi komunikasi efektif yang mereka gunakan dan sekiranya pendekatan itu dapat membantu memulihkan segera ekonomi negara dan pendapatan mereka. Hasil dapatan data mendapati bahawa penggunaan platform digital terbukti membantu para penggiat industry pelancongan untuk bangkit semula, setelah terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 dan mereka boleh bergantung kepada platform ini sekiranya berlaku krisis di masa depan. Hasil daripada kajian ini boleh digunakan sebagai rujukan kepada penggiat industri pelancongan dan pihak Kerajaan juga, dalam mencapai matlamat untuk memulihkan perniagaan masing-masing serta ekonomi negara menerusi sektor pelancongan dan kebudayaan. Secara kesimpulannya, hasil kajian ini boleh menjadi panduan untuk memperbaiki dasar, pendekatan mahupun strategi perniagaan baru dalam norma baharu. Ia juga boleh menjadi rujukan untuk mempersiapkan industri sekiranya berlaku krisis lain di masa hadapan.

Description

E-Proceeding of 4th International Conference on Islam, Media and Communication (ICIMac 2024): “Communication & Digitisation in Madani Society”/ Muhammad Raqib Mohd Sofian, Siti Suriani Othman, Safiyyah Sabri, Osama Kanaker & Ihab Ahmed Ra’uf Awais. 5th March 2024 Organized by : Faculty of Leadership & Management

Keywords

Transformasi Digital, Norma Baharu, Covid-19, Promosi Pelancongan

Citation

Muhammad Raqib Mohd Sofian, Siti Suriani Othman, Safiyyah Sabri, Osama Kanaker, & Ihab Ahmed Ra’uf Awais (Eds.). (2024). In 4th International Conference on Islam, Media and Communication (ICIMac 2024) (pp. 1–501).