Options
Penggunaan Nas Hadith Dalam Kempen Zakat Lembaga Zakat Negeri Kedah
Date Issued
2023
Author(s)
Muhammad Yusry Affandy bin Md Isa
Zulhimi bin Mohamed
Abstract
Kajian ini berkaitan analisis penggunaan nas hadith dalam kempen zakat Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK). Nas hadith telah diletakkan dalam risalah bertulis untuk sebaran masyarakat untuk memahami kewajipan zakat dalam Islam khasnya rakyat negeri Kedah. Kajian ini penting untuk memastikan nas zakat yang diatur LZNK terhindar daripada polimek pertikaian seperti isu nas yang salah, terjemahan dan tafsiran nas yang kurang tepat. Objektif kajian mensasarkan untuk menganalisis penggunaan nas hadith yang terdapat dalam bahan dakwah Lembaga Zakat Negeri Kedah, mengenalpasti keabsahan atau kelemahan dari segi metodologi pemaparan teks dan huraian hadith dan seterusnya mencadangkan aspek pemantapan. Kajian ini mengaplikasikan kaedah induktif bagi mendapatkan nas hadith berkaitan kewajipan zakat dalam bahan kempen. Kaedah deskriptif pula dijalankan bagi menghuraikan penggunaan nas hadith dalam aspek ketepatan dalil dan tatacara pengemukaan nas. Dapatan kajian menunjukkan Lembaga Zakat Negeri Kedah memiliki bahan dakwah zakat yang tersendiri seperti risalah, khutbah jumaat, website dan media sosial. Bahan paling utama yang mudah sampai dan dirujuk segenap lapisan masyarakat Kedah ialah menerusi bahan bercetak iaitu risalah Panduan Zakat (2021). Dalam menjalankan urusan dakwah, LZNK didapati tidak mengabaikan pengaplikasian nas hadith sebagai bahan dakwah terpenting. Keseluruhan dalil hadith adalah relevan, tepat dan sesuai. Aspek pemantapan terjemahan, tatacara rujukan hadith dan huraian fuqaha’ dan muhadithin boleh diketengahkan lagi dalam bahan kempen dakwah.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Penggunaan Nas Hadith Dalam Kempen Zakat Lembaga Zakat Negeri Kedah.pdf
Size
1.45 MB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):19f268a026d4d43457e66a3aa2e38c2a