Publication:
Pelaksanaan dan Persepsi Pelajar Terhadap Strategi Pembelajaran dan Kemahiran Insaniah dalam Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) di Universiti Malaya

dc.contributor.authorChe Husain, F.en_US
dc.contributor.authorKassim, F.en_US
dc.contributor.authorMat Noor, N. A.en_US
dc.contributor.authorAbdul Azzis, M. S.en_US
dc.contributor.authorAbdullah, M. S.en_US
dc.date.accessioned2024-05-30T01:46:21Z
dc.date.available2024-05-30T01:46:21Z
dc.date.issued2018
dc.description.abstractKursus TITAS telah dilaksanakan di Universiti Malaya dan ditawarkan kepada semua pelajar Ijazah Pertama Universiti Awam (UA) sejak sesi akademik 1998/1999 melalui pelbagai pendekatan. Kursus TITAS mempunyai keunikan tersendiri berdasarkan isi kandungan kursus dan diwajibkan kepada semua pelajar tanpa mengira bidang pengajian mereka. Kursus TITAS juga merupakan satu kursus yang penting untuk memupuk dan menyuburkan semangat persefahaman, hormat-menghormati dan hidup yang harmonis antara kaum, budaya, agama dan kepercayaan di Malaysia. Bagi memastikan nilai-nilai dan persefahaman antara budaya dapat diterapkan dalam diri pelajar, strategi pembelajaran telah dipelbagaikan bersesuaian dengan keperluan kursus ini. Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk menjelaskan strategi pembelajaran kursus TITAS di Universiti Malaya dan persepsi pelajar terhadap strategi pembelajaran yang menerapkan elemen Kemahiran Insaniah (KI) serta pencapaian mereka bagi memperoleh KI tersebut. Kajian ini memfokuskan dua elemen KI iaitu kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran berkomunikasi. Kaedah kajian perpustakaan digunakan bagi menjelaskan pelaksanaan kursus TITAS di Universiti Malaya. Manakala kajian lapangan dilakukan melalui pengedaran borang soal selidik kepada 120 pelajar bagi meninjau pencapaian KI mereka. Hasil analis data dihuraikan secara deskriptif iaitu dalam bentuk peratusan dan kekerapan atau frekuensi. Kajian ini mendapati bahawa persepsi pelajar terhadap strategi pembelajaran dan kaedah penilaian adalah signifikan dan memberi kesan yang positif kepada pencapaian yang diperoleh dalam penilaian kerja kursus dan pencapaian KI. Pelajar tidak menghadapi masalah dalam melaksanakan tugasan secara berkumpulan yang terdiri daripada pelbagai etnik dan latar belakang. Mereka juga kurang berminat untuk melaksanakan tugasan berbentuk laporan bertulis berbanding tugasan yang dilihat lebih menyeronokkan terutamanya melibatkan aktiviti luar kelas.
dc.identifier.epage82
dc.identifier.issn0127-7871
dc.identifier.issue2
dc.identifier.spage74
dc.identifier.urihttp://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/63
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15283
dc.identifier.volume3
dc.languageMalay
dc.language.isoms_US
dc.publisherUniversiti Sains Islam Malaysiaen_US
dc.relation.ispartofJurnal Sains Insani
dc.sourceOpen Journal Systems
dc.subjectKursus Tamadun Islam dan Asia (TITAS)en_US
dc.subjectstrategi pembelajaranen_US
dc.subjectkemahiran insaniahen_US
dc.subjectpelajaren_US
dc.titlePelaksanaan dan Persepsi Pelajar Terhadap Strategi Pembelajaran dan Kemahiran Insaniah dalam Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) di Universiti Malaya
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Pelaksanaan dan Persepsi Pelajar Terhadap Strategi Pembelajaran dan Kemahiran Insaniah dalam Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) di UM.pdf
Size:
253.37 KB
Format:
Adobe Portable Document Format