Options
Persepsi Pelajar Bidang Mekanikal Terhadap Penguasaan 4C Dalam Pembelajaran Teori Dan Amali
Date Issued
2021
Author(s)
Nor Arifah Aisyah binti Arif Afandi
Wan Hanim Nadrah binti wan Muda
Fazlinda binti Ab Halim
Abstract
Pengenalan- Kemahiran 4C ini merupakan kemahiran Komunikasi, Kolaborasi, Pemikiran
Kritis dan Kreativiti yang terkandung di dalam Pendidikan Abad Ke-21 (PAK21). Ini
merupakan pendidikan yang telah digariskan oleh kerajaan dalam memastikan pelajar yang
dihasilkan mempunyai kualiti yang baik dari setiap aspek bukan sahaja dari segi
pembelajaran. Pelajar memainkan peranan penting untuk mengaplikasi kemahiran 4C ini
dalam proses pembelajaran teori mahupun pembelajaran amali.
Objektif – Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui persepsi pelajar Universiti Tun
Hussein Onn yan mengambil bidang mekanikal terhadap penguasaan 4C dalam proses
pembelajaran amali dan proses pembelajaran teori dari aspek komunikasi, kolaborasi,
pemikiran kritis dan kreativiti.
Methodologi – Kajian ini merupakan kajian tinjauan deskriptif kuantitatif yang
menggunakan soal selidik sebagai instrumen. Seramai 181 orang pelajar yang mengambil
bidang mekanikal dipilih secara rawak. Antara aliran yang terdapat dalam bidang
mekanikal ialah kimpalan, permesinan am dan penyejukbekuan.
Dapatan – Kesemua data yang diperolehi dianalisis menggunakan SPSS Versi 22 bagi
mendapatkan nilai skor min. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa persepsi pelajar dari
aspek komunikasi, kolaborasi, pemikiran kritis dan kreativiti didalam proses pembelajaran
amali dan pembelajaran teori adalah tinggi.
Kepentingan – Pengkaji berharap agar hasil kajian yang diperolehi ini dapat membantu
pelajar dalam mempertingkatkan lagi kefahaman dalam pembelajaran tidak kira
pembelajaran amali mahupun pembelajaran teori. Selain itu, di harapkan agar pelajar
menjadi pelajar yang berkualiti, berkemahiran tinggi supaya pelajar mempunyai nilai
keboleh pasaran pada masa hadapan.

Subjects
File(s)
Loading...
Name
Persepsi Pelajar Bidang Mekanikal Terhadap Penguasaan 4C Dalam Pembelajaran Teori Dan Amali.pdf
Size
165.57 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):3fe50b397794b9e711a2079d09334db5