Repository logo
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
Repository logo
    Communities & Collections
    Research Outputs
    Fundings & Projects
    People
    Statistics
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. Staff Publications
  3. Indexed Publication
  4. Konsep wasaṭiyyaṯ menurut Isyārāṯ al-I’jāz karya Badiuzzaman Said Nursi
 
  • Details
Options

Konsep wasaṭiyyaṯ menurut Isyārāṯ al-I’jāz karya Badiuzzaman Said Nursi

Date Issued
2025
Author(s)
Muhamad Ikhwan Aiman Iwan Kerisnawan
Universiti Sains Islam Malaysia 
Noornajihan Jaafar
Universiti Sains Islam Malaysia 
Norullisza Khosim 
Universiti Sains Islam Malaysia 
DOI
10.55573/JISED.107955
Abstract
Islam menganjurkan prinsip kesederhanaan (Wasaṭiyyaṯ) sebagai satu gaya hidup menyeluruh yang merangkumi setiap aspek kehidupan seorang Muslim. Konsep ini menuntut umat Islam untuk mengekalkan keseimbangan dalam pemikiran dan amalan, serta mengelakkan daripada kecenderungan ekstremisme dalam sebarang bentuk, sama ada dalam dimensi pemahaman mahupun pengamalan agama. Namun demikian, dalam realiti kehidupan kontemporari, umat Islam masih dilihat belum berjaya menghayati dan merealisasikan konsep Wasaṭiyyaṯ secara menyeluruh. Dalam konteks ini, karya Badiuzzaman Said Nursi berjudul Isyārāṯ al-I’jāz menawarkan satu kerangka tafsiran yang signifikan dalam memahami konsep Wasaṭiyyaṯ berdasarkan kepada tafsir al-Qur’an dan bersesuaian dengan pendekatan semasa. Kajian ini bertujuan meneliti pentafsiran ayat ke-6 daripada Surah al-Fātiḥah sebagaimana dihuraikan oleh Nursi, serta menilai bagaimana tafsir tersebut memperjelaskan konsep Wasaṭiyyaṯ dalam kerangka pemikiran Islam yang bersifat moderat. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah kajian kepustakaan, serta analisis teks terhadap kandungan tafsir dalam Isyārāṯ al-I’jāz. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penghuraian Nursi terhadap konsep Wasaṭiyyaṯ merupakan suatu usaha pemurnian terhadap kecenderungan ekstrem dan ketidakadilan dalam kehidupan beragama. Dapatan kajian ini mendapati bahawa pentafsiran “jalan yang lurus” (ṣirāṭ al-mustaqīm) dalam Risalah al-Nur merupakan manifestasi langsung kepada konsep Wasaṭiyyaṯ, yang dirumuskan melalui tiga prinsip utama: kebijaksanaan (ḥikmaṯ), kesucian akhlak (‘iffaṯ), dan keberanian (syajā‘aṯ). Nursi menegaskan bahawa ketiga-tiga nilai ini memainkan peranan penting sebagai prinsip keseimbangan dalam mengawal tiga kekuatan utama dalam diri manusia, iaitu kekuatan syahwat (quwwaṯ shahwiyyaṯ), kekuatan emosi (quwwaṯ ghaḍabiyyaṯ), dan kekuatan akal (quwwaṯ ‘aqliyyaṯ), dengan tujuan untuk mencapai kesederhanaan yang hakiki menurut perspektif Islam. Berdasarkan kepada keseluruhan nilai dan prinsip yang dihuraikan, jelas bahawa tafsiran Nursi memberikan pemahaman yang mendalam dan aplikatif terhadap konsep Wasaṭiyyaṯ, serta amat relevan untuk diamalkan dalam kehidupan seorang Muslim yang berusaha menjadi insan yang adil dan seimbang.
Subjects

Badiuzzaman Said Nurs...

Isyārāṯal-I’jāz

justice

tafsir al-Qur’an

Wasaṭiyyaṯ

File(s)
Loading...
Thumbnail Image
Name

Konsep wasaṭiyyaṯ menurut Isyārāṯ al-I’jāz karya Badiuzzaman Said Nursi.pdf

Size

659.68 KB

Format

Adobe PDF

Checksum

(MD5):80d8e9e2dd80610db81c9e86c8fabc36

Welcome to SRP

"A platform where you can access full-text research
papers, journal articles, conference papers, book
chapters, and theses by USIM researchers and students.”

Contact:
  • ddms@usim.edu.my
  • 06-798 6206 / 6221
  • USIM Library
Follow Us:
READ MORE Copyright © 2024 Universiti Sains Islam Malaysia