Publication:
Pembedahan Plastik untuk Kecantikan Menurut Quran, Sunnah dan Fiqh

dc.contributor.authorNur Amira Binti Abdul Pariken_US
dc.contributor.authorNor Auni Irdina Binti Hazizien_US
dc.contributor.authorNurul Atikah Binti Md Nasiren_US
dc.contributor.authorSyed Najihuddin Syed Hassanen_US
dc.date.accessioned2024-05-30T07:38:49Z
dc.date.available2024-05-30T07:38:49Z
dc.date.issued2024
dc.descriptionE-Prosiding Seminar Kearifan Nusantara Kali Ke-5 (2024): “Memartabatkan Masyarakat Madani Nusantara Berlandaskan Kearifan Al-Quran Dan Sunnah” / Penyunting: Syed Najihuddin Syed Hassan, Nur Saadah Hamisan@Khair, Shah Rizul Izyan Zulkiply, Nurul Izzatul Huda Mohamad Zainuzi 20-23 Januari 2024 / 8-11 Rejab 1445H Penganjur: Fakulti Pengajian Quran and Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) & Muzium Manuskrip al-Quran Narathiwat Thailanden_US
dc.description.abstractKajian ini memfokuskan tentang pembedahan plastik yang menjadi salah satu budaya yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Melayu. Pembedahan plastik ini bertujuan untuk kecantikan. Namun, Islam telah menetapkan garis panduan yang membolehkan pembedahan plastik dibenarkan jika terdapat kemudaratan. Walaupun Islam telah membenarkan sesuatu pembedahan plastik dijalankan mengikut hukum syarak namun, masih terdapat segelintir masyarakat yang menyalahgunakan kaedah rawatan ini yang bukan bertujuan untuk kesihatan dan kemudaratan diri. Golongan ini secara terang-terangan melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan lebih sempurna dan bukan untuk perubatan atau kesihatan. Oleh itu, kajian ini meneliti faktor yang mempengaruhi pembedahan plastik serta hukum dan prosedur pembedahan plastik menurut syarak. Kajian ini akan menggunakan kaedah qualitatif dengan menjadikan dokumen analisis (jurnal, artikel, google scholar) sebagai instrument kajian. Kajian ini dianalisis dengan pendekatan tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa faktor utama yang menyebabkan seseorang melakukan pembedahan plastik. Selain itu, terdapat juga prosedur dan syarat yang perlu dipatuhi menurut syarak bagi mereka yang ingin melakukan pembedahan plastik. Disamping itu, hukum yang membolehkan pembedahan plastik disisi Islam perlu juga dititikberatkan bagi mengelakkan sesuatu perbuatan itu menyalahi hukum syarak. Umum mengetahui bahawa Islam itu adalah agama yang menyeluruh bagi semua umat Islam dan tidak akan ketinggalan dalam menangani isu-isu semasa termasuklah kaedah pembedahan plastik yang dibenarkan mengikut hukum syarak. Pembedahan plastik bukanlah sesuatu yang wajar untuk dilakukan oleh manusia sesuka hati namun, sekiranya terdapat keadaan yang membolehkan mereka melakukannya maka dibolehkan disisi hukum syarak bertujuan untuk kesihatan dan kemudaratan diri.en_US
dc.identifier.citationSyed Hassan, S. N., Hamisan@Khair, N. S., Zulkiply, S. R. I., & Mohamad Zainuzi, I. H. (Eds.). (2024). In E-Prosiding Seminar Kearifan Nusantara Kali Ke-5 (2024) (pp. 1–1203). Penerbit USIM.en_US
dc.identifier.epage725
dc.identifier.isbne-ISBN: 978-629-7636-32-0
dc.identifier.spage710
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17683
dc.language.isootheren_US
dc.publisherPenerbit USIMen_US
dc.relation.conferenceE-Prosiding Seminar Kearifan Nusantara Kali Ke-5 (2024)en_US
dc.subject: Pembedahan plastik, hukum, quran, sunnah, usul fiqh.en_US
dc.titlePembedahan Plastik untuk Kecantikan Menurut Quran, Sunnah dan Fiqhen_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Pembedahan Plastik untuk Kecantikan Menurut Quran, Sunnah dan Fiqh.pdf
Size:
545.85 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Plain Text
Description:

Collections