Options
Tafsir Nabawi: Kajian Analisis Terhadap Kitab Tafsir Al-Quran (Surah Al-Baqarah) daripada Kitab Sahih Al-Bukhari
Date Issued
2022
Author(s)
Muhammad Lukman Mat Sin
Khalilullah Amin Ahmad
Abstract
KeseluruhanSunnah sama ada qauli, fi’liatau taqririmerupakan penjelasan dan sumber utama dalam pentafsiran al-Quran. Pentafsiran al-Quran dengan Sunnah pula boleh dibahagikan kepada pentafsiran secara langsung dan tidak langsung. Pentafsiran al-Quran secara langsung juga dikenali dengan tafsir Nabawi. Pengkaji mengkaji tiga aspek yang akan menjelaskan pemahaman terhadap tafsir Nabawi, iaitu pendefinisian, jenis-jenis dan bentuk pentafsirannya. Berdasarkan pemahaman tersebut, pengkaji melakukan analisis terhadap Kitab Tafsir al-Quran daripada Kitab Sahih al-Bukhari. Batasan kajian yang dipilih ialah riwayat hadith tafsir surah al-Baqarah yang terdiri daripada tujuh puluh satu hadith. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif yang melibatkan teknik pengumpulan data kepustakaanbagi mengenal pasti aspek-aspek penting bagi tafsir Nabawi dan metode kajian analisis kandungan terhadap riwayat-riwayat tafsir yang telah dipilih daripada kitab Sahih al-Bukhari. Dapatan kajian menunjukkan fungsi dan peranan Sunnah dalam pentafsiran al-Quran di samping menonjolkan kepentingan Kitab Sahih al-Bukhari sebagai salah satu rujukan utama bagi Tafsir Nabawi.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Tafsir Nabawi Kajian Analisis Terhadap Kitab Tafsir Al-Quran (Surah Al-Baqarah) daripada Kitab Sahih Al-Bukhari.pdf
Size
1.23 MB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):30c339500ae8ddb433ff093215bccb8b