Options
Pendekatan Nabawi Dalam Membentuk Akhlak Islamiyyah Seorang Muslim Terhadap Sesama Makhluk
Date Issued
2020-10-29
Author(s)
Abstract
Islam menganjurkan kepada setiap Muslim supaya berakhlak mulia kepada semua makhluk baik yang bernyawa mahupun yang tidak bernyawa. Rasulullah s.a.w telah diutuskan untuk menyempurnakan akhlak mulia dan baginda adalah contoh teladan yang terbaik untuk setiap Muslim. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meneroka pendekatan Nabawi dalam membentuk akhlak Islamiyyah seorang Muslim terhadap sesama makhluk. Metodologi yang akan digunakan dalam kajian ini ialah kajian kepustakaan iaitu dengan menganalisis hadis Rasulullah s.a.w di dalam kitab Sahih Al-Bukhari yang berkaitan dengan akhlak Islamiyyah seorang Muslim terhadap sesama makhluk. Kaedah ini juga akan melibatkan kajian dan penyelidikan yang terdahulu seperti buku, artikel, dan penulisan ilmiah yang berkaitan. Hasil kajian ini dijangkakan akan menyediakan panduan kepada setiap Muslim untuk
berakhlak mulia terhadap ibu bapa, keluarga, guru, sanak saudara, rakan, jiran tetangga, tetamu, orang yang memerlukan, kanak-kanak, termasuklah haiwan.
berakhlak mulia terhadap ibu bapa, keluarga, guru, sanak saudara, rakan, jiran tetangga, tetamu, orang yang memerlukan, kanak-kanak, termasuklah haiwan.
File(s)
Loading...
Name
BM024 - Pendekatan Nabawi Dalam Membentuk Akhlak Islamiyyah Seorang Muslim Terhadap Sesama Makhluk.pdf
Description
Pendekatan Nabawi Dalam Membentuk Akhlak Islamiyyah Seorang Muslim Terhadap Sesama Makhluk
Size
531.82 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):06cb30a5dc54429b147fc8646dacbc50