Options
Penggunaan Kepakaran Staf Dan Kaitannya Dengan Kepuasan Kerja Di Universiti Sains Islam Malaysia
Journal
AL-ABQARI: Journal of Islamic Social Sciences and Humanities
Date Issued
2016
Author(s)
Hafizah Marzuki
Wan Fauriah Wan Samad
Zuraida Zakaria
Abstract
Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti hubungkait antara penggunaan kepakaran staf dengan kepuasan bekerja dalam kalangan pegawai pentadbiran di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Borang soal selidik yang mengandungi instrumen pengukuran persepsi terhadap tahap kepuasan kerja staf, pengukuran persepsi terhadap tahap penggunaan kepakaran staf dan maklumat demografi staf telah diedarkan kepada 180 orang staf pentadbiran di USIM menerusi aplikasi Google Docs. Seramai 91 responden (50.6% daripada keseluruhan populasi pegawai pentadbir) telah memberikan maklum balas terhadap soal-selidik yang dijalankan. Analisis data kajian dibuat menggunakan perisian SPSS termasuklah analisis deskriptif dan kolerasi. Hasil kajian dibincangkan secara terperinci dalam artikel ini berserta perbandingannya dengan kajian-kajian lepas. Kajian ini penting sebagai suatu indikator indeks kepuasan bekerja staf pentadbiran USIM serta menjadi panduan kepada pihak pengurusan universiti khususnya USIM untuk melaksanakan pengagihan tugas yang berkesan dalam usaha melahirkan modal insan yang cemerlang dalam kalangan staf pentadbirannya.
File(s)
Loading...
Name
PENGGU~1.PDF
Size
502.86 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):ced2fba244799f159b060ea6cd1e666c