Options
Pembangunan Tanah Adat Di Negeri Sembilan: Halatuju Dan Cabaran
Journal
Malaysian Journal of Syariah and Law
Date Issued
2017
Author(s)
Resali Muda
Nurul Hidayah Ibrahim
Abstract
Fenomena tanah terbiar adalah permasalahan yang dialami oleh setiap negeri di Malaysia. Negeri Sembilan juga tidak terlepas dari permasalahan ini. Akan tetapi keadaan di Negeri Sembilan agak berbeza. Ini adalah kerana kategori tanah terbiar juga merangkumi tanah adat yang terbiar. Tanah adat adalah tanah yang dimiliki oleh suku dari mereka yang mengamalkan Adat Perpatih.� Adat Perpatih merupakan adat yang unik dan telah sekian lama diamalkan oleh penduduk Negeri Sembilan khasnya dan penduduk Melaka secara amnya. Namun begitu, suatu dilema telah dikenalpasti terhadap pembangunan tanah adat ialah cadangan pembangunan yang bakal dilakukan ke atas tanah adat hendaklah mendapat persetujuan pemilik dan Lembaga Tanah Adat terlebih dahulu. Tanah adat juga tidak boleh dicagarkan kepada mana-mana institusi kewangan untuk mengelakkan tanah tersebut digadai sekiranya pencagar gagal melunaskan pinjaman yang bersandarkan tanah adat tersebut. Disebabkan kekangan ini, pihak pemaju dari sektor swasta kurang berminat untuk memajukan tanah adat tersebut. Kertas ini bertujuan untuk menggenalpasti konsep yang sesuai yang boleh diaplikasi untuk membangunkan tanah adat. Konsep tersebut dijangka boleh dijadikan sebagai satu asas dalam meningkatkan kefahaman pemilik dan bakal pemaju terhadap pembangunan tanah adat. Justeru konsep ini dapat dijadikan sebagai panduan dalam usaha untuk membangunkan tanah adat di Negeri Sembilan.
File(s)
Loading...
Name
Pembangunan Tanah Adat Di Negeri Sembilan Halatuju Dan Cabaran.pdf
Size
340.87 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):948a6eea1a00a49902ef4c62d5166170