Publication:
Pendidikan Al-Quran Bagi OKU: Pengalaman Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI)

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Orang Kurang Upaya (OKU) adalah antara golongan yang sering dikaitkan dengan isu dan perbahasan berkaitan keperluan mereka dalam pendidikan, terutamanya dalam aspek berkaitan persoalan taklif dalam menerima dan mengamalkan ajaran Islam. Bertitik tolak dari sini, inisiatif untuk menilai semula keperluan spiritual dalam kalangan OKU telah dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) di bawah Institut Sains Islam (ISI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di samping memberi kefahaman kepada masyarakat terhadap konsep taklif dalam kalangan OKU. Objektif kajian ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman UMMI mengenalpasti isu-isu berkaitan pendidikan al-Quran bagi OKU dan menjelaskan peranan UMMI dalam usaha memperluaskan akses OKU terhadap pendidikan al-Quran disamping menangani isu tuntutan beragama dikalangan mereka. Kajian ini menggunakan metod kualitatif dengan menjadikan protokol analisis dokuman dan protokol temu bual untuk mengumpulkan data. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa wujud keperluan yang tinggi terutamanya bagi Universiti Awam (UA) ke arah solidariti dan aksesibiliti OKU untuk menghayati kemukjizatan al-Quran dan konsep indahnya hidup beragama. Usaha murni ini jugu dilihat bertepatan dengan hasrat USIM sebagai ‘kampus barakah’ dan pusat rujukan global bagi Integrasi llmu Naqli dan ‘Aqli menjelang tahun 2025.

Description

Keywords

Pendidikan, Al-Quran, OKU, UMMI

Citation