Options
Isu-Isu Fiqh di Pusat Pemindahan Mangsa Banjir: Kajian Perintis di Daerah Temerloh, Pahang
Journal
Journal of Fatwa Management and Research
Date Issued
2016
Author(s)
Irwan Mohd Subri
Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali
Walid Mohd Said
Universiti Sains Islam Malaysia
Amir Shaharuddin
Mohd Aizuddin Abdul Aziz
Mohd Azhar Ibrahim Resedi
Mohd Nur Adzam Rasdi
Universiti Sains Islam Malaysia
Bilal Jailani
DOI
10.33102/jfatwa.vol8no1.48
Abstract
Dewasa ini kita melihat banyak berlaku bencana alam di merata tempat di dunia. Kesemua bencana alam ini pernah diketahui atau disaksikan oleh Nabi SAW dan para sahabat Baginda RA. Antara bencana alam yang sering dialami di negara kita adalah banjir, kejadian banjir yang melanda negara tidak lama dahulu amat meresahkan semua pihak. Banjir ini dimulai dengan hujan lebat yang berterusan, lalu mengakibatkannya bertakung atau melimpah. Artikel ini akan cuba mengemukakan pandangan dan sabdaan Nabi SAW berkaitan dengan hujan yang menjadi sebab kepada banjir dan seterusnya melihat saranan Baginda atau perlakuan terhadap banjir yang melanda. Ia dimulakan dengan situasi sebelum, semasa dan selepas berlakunya hujan dan kesan daripada hujan yang berterusan. Beberapa hadis Nabi SAW yang berkaitan akan dikumpulkan dan dianalisa isi kandungannya serta dikukuhkan dengan pandangan ulama muktabar. Diharapkan artikel ini dapat menyingkap perbuatan dan sabdaan Nabi SAW terhadap fenomena hujan dan banjir dan seterusnya menjadi suatu pedoman dan titik permulaan kepada umat Islam untuk berhadapan dan mula mencari jalan penyelesaian kepada bencana hujan dan banjir. Didapati secara umumnya, sentuhan Nabi SAW terhadap banjir amat minima, ia sesuai dengan zaman, tempat dan keadaan di Mekah serta Madinah pada ketika itu, manakala berkaitan hujan hanyalah berkisar dengan cara Nabi SAW berhadapan dan melaluinya.
File(s)
Loading...
Name
Jurnal of Fatwa and Management Research_JURNAL_VOL 8_Isu isu fiqh di Pusat Pemindahan Mangsa Banjir Kajian perintis di Daerah Temerloh Pahang Fiqh issues at flood relief centers an exploratory study in Temerloh dist.pdf
Size
312.76 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):5d4434b8d1c76984481105163ae9d196