Options
Fiqh Al-Tah{Awwula<T: Penafsiran Eskatalogi Berpandukan Syarak
Date Issued
2022
Author(s)
Mohd Hamidi bin Ismail
Abstract
Persoalan mengenai petanda akhir zaman turut dinyatakan oleh wahyu dan dibincangkan oleh ilmuwan Islam dari berbagai perspektif, khasnya dari sudut Ilmu Akidah dan Tasawwuf. Dalam Islam, persoalan petanda akhir zaman atau dikenali juga sebagai ashra>t} al-Sa>‘ah tidak pernah diasingkan daripada perbincangan iman dan akhlak kerana akhir zaman termasuk dalam bahagian iman terhadap Hari Kiamat atau Akhirat dan penyucian hati dalam menghadapi fitnah-fitnah duniawi, khasnya fitnah terbesar yang dibawa oleh Dajjal. Membincangkan perkara ini, Habib Abu Bakar al-‘Adni> telah mempersembahkannya secara ilmiah melalui gagasan pemikiran yang sistematik dan diberi nama Fiqh al-Taha}wwula>t. Kertas kerja ini cuba mengupas gagasan pemikiran tersebut bagi mendapatkan pencerahan dan pemahaman awal berkenaan teras yang membentuk konseptual Fiqh al-Tah}awwula>t serta mengenalpasti objektifnya dalam menafsirkan petanda akhir zaman. Metode induktif, komparatif dan selainnya daripada metode kuantitatif akan digunakan untuk mencapai tujuan yang dimaksudkan. Dapatan awal yang diperolehi, Fiqh al-Tah}awwula>t memperkenalkan pendekatan yang berasaskan panduan syarak bagi memahami nas-nas berkaitan petanda akhir zaman. Di samping itu, Fiqh al-Tah}awwula>t berfungsi mengimbangi pelbagai tafsiran eskatalogi dan membatalkan tafsiran yang menyalahi syariat dan kefahaman Islam.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Fiqh Al-Tah{AwwulaT _Penafsiran Eskatalogi Berpandukan Syarak.pdf
Size
458.39 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):276ae9f4912d175bf60092204b5afe82