Publication: Memburu Ganjaran Pahala Ibadat Haji Dan Umrah Mabrur Di Era Pandemik Covid 19: Alternatif Bagi Umat Islam Yang Tertahan Ke Tanah Suci Mekah Memperolehi Pahalanya Dari Perspektif Quran, Hadis Dan Sirah Rasulullah SAW
Loading...
Date
2021-10-06
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Kertas kerja ini bertujuan menerangkan dan menjelaskan bagaimana alternatif memperolehi pahala Haji dan Umrah bagi Umat Islam atau bakal-bakal jemaah Haji dan Umrah yang tertahan untuk berangkat ke Tanah Suci Mekah di musim pandemik Covid 19 ini tanpa mengugurkan kewajipan pelaksanaannya pada masa akan datang. Bagi mencapai objektif penulisan ini, method kepustakaan digunakan untuk menganalisa semua dokumen berkaitan yang dikumpul. Dapatan kertas kerja ini mendapati terdapat sirah-sirah Rasulullah SAW di dalam Al-Quran dan Hadis yang menerangkan bagaimana memperolehi pahala Haji dan Umrah dalam amalan-amalan kehidupan seharian, dan juga bagi Umat Islam yang tidak mampu mengerjakan Ibadat Haji dan Umrah di Tanah Suci Mekah tetapi berhajat kepada ganjaran pahala Haji dan Umrah. Diharapkan dapatan dari penulisan ini akan menjadi penawar dan rawatan bagi Umat Islam yang bersedih tidak mampu menunaikan ibadat Haji dan Umrah di Tanah Suci Mekah seterusnya redha dan bersangka baik di atas ketentuan Allah SWT kerana ibadat haji dan umrah di Baitullah adalah jemputan-Nya.
Description
PAPER PROCEEDINGS THE 7TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION (SWAT) 2021
“ISLAMIC AND NON-REVEALED KNOWLEDGE IN FACING THE GLOBAL CHALLENGES”
6th – 7th October 2021 / 29 – 30 Safar 1443H
Faculty of Quranic and Sunnah Studies
Universiti Sains Islam Malaysia
Keywords
Pahala Haji Umrah, Teladan Nabawi, Pandemik Covid19, Alternatif, Amalan Seharian