Options
Kesahan Instrumen Pembangunan Model Gamifikasi Kosa Kata Arab Menggunakan Design And Development Research (ddr)
Journal
Journal of Advanced Islamic and Legal Research
Date Issued
2025
Author(s)
Mohammad Imran Ahmad
Naqibah Mansor
Abstract
Kajian rintis digunakan untuk menguji kaedah terbaik bagi mentadbir instrumen, mengenalpasti sampel kajian dan kesesuaian kaedah kajian. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan mengesahkan kesahan instrumen soal selidik yang digunakan dalam pembangunan model gamifikasi kosa kata Arab. Instrumen soal selidik yang dibangunkan terdiri daripada 90 item yang merangkumi demografi, pemerolehan kosa kata Arab sedia ada, pemerolehan kosa kata melalui gamifikasi, dan pembangunan gamifikasi bahasa Arab. Instrumen kajian ini telah mendapat semakan pakar dalam bidang bahasa Arab, dengan penekanan kepada kesahan bahasa dan kandungan. Ujian rintis juga dijalankan untuk menguji kestabilan dan keupayaan instrumen. Hasil ujian menunjukkan nilai Alpha Cronbach sebanyak .997, yang menunjukkan tahap kebolehpercayaan dan konsistensi yang sangat tinggi. Kajian ini menyimpulkan bahawa instrumen soal selidik yang dibangunkan adalah sah dan boleh dipercayai untuk digunakan dalam kajian lanjut. Penemuan ini diharapkan dapat memberikan sumbangan yang signifikan dalam pembelajaran bahasa Arab melalui pendekatan gamifikasi.
File(s)
Loading...
Name
Kesahan Instrumen Pembangunan Model Gamifikasi Kosa Kata Arab Menggunakan Design and Development Research (DDR)
Type
main article
Size
326.32 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):87c395ee23b06848cdfa4d7e9ac0919b