Options
Al-quran Dan Penerimaan Kaedah Saintifik Dalam Pembuktian Kes
Journal
Jurnal Darul Quran
Date Issued
2019
Author(s)
Muhammad Hazim Ahmad
Ruqayyah Razak
Nurul Syahirah Saharudin
Nurul Syahirah Saharudin
Abstract
Objektif kajian ini tertumpu dan terarah kepada mengkaji kewujudan pemakaian kaedah sains forensik sebagai al-qarīnah menurut perspektif al-Qur’ān. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah analisis kandungan secara penalaran induktif terhadap sumber data primer dan sekunder. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat ayat-ayat al-Qur’ān yang mengandungi elemen sains forensik secara langsung dan tidak langsung. Ayat-ayat ini juga menunjukkan pemakaian kaedah sains forensik sebagai al-qarīnah dalam menyelesaikan kes-kes tertentu. Beberapa kaedah sains forensik yang dapat dikenalpasti ialah pemakaian pendapat pakar, analisa asid deoksiribonukleik (DNA), analisis darah, entomologi serangga, analisis fizikal, dan analisis cap jari. Kesimpulannya, Islam tidak menolak sains malahan telah menerima konsep sains seperti sains forensik ribuan tahun lamanya sebelum ianya diperkenalkan semula melalui nama, terma, dan konsep yang lebih saintifik dan moden. Aplikasi dan sumbangan kajian ini tertumpu kepada kajian saintifik terhadap isi kandungan al-Qur’ān serta membuat penemuan unsur dan kaedah sains forensik yang telah diabadikan di dalam kitab suci ini. Kajian ini turut memberikan kefahaman yang tuntas terhadap konsep sains forensik yang ditonjolkan pada ayat-ayat al-Qur’ān tertentu. Kajian ini juga secara tidak langsung telah membuktikan kebenaran konsep shumūliyyah dalam ajaran Islam yang merangkumi pelbagai bidang ilmu.
Subjects