Repository logo
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
Repository logo
    Communities & Collections
    Research Outputs
    Fundings & Projects
    People
    Statistics
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. Staff Publications
  3. Other Publications
  4. Hubungan Kepercayaan Epistemologi Islam Dengan Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan Malaysia
 
  • Details
Options

Hubungan Kepercayaan Epistemologi Islam Dengan Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan Malaysia

Journal
Tinta Artikulasi Membina Ummah (TAMU)
Date Issued
2020
Author(s)
Nurul Asiah Fasehah Muhamad 
Universiti Sains Islam Malaysia 
Abstract
Pengaruh dualisme dan sekularisme turut memberi kesan kepada sistem pendidikan negara hasil daripada pegangan epistemologi barat yang masih sukar digugat daripada minda dan kepercayaan masyarakat. Hasilnya, kesepaduan ilmu yang dianjurkan dalam Islam sudah semakin dilupakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Fokus pengajaran GPI kini lebih tertumpu kepada metode hafalan, syarahan, menyalin nota dan kurang menggalakkan proses berfikir dalam kalangan murid. GPI turut dikesan kurang kreatif dalam penyampaian silibus pengajian, tidak variasi dalam pengurusan kelas, dan kurang capaian ilmu daripada sumber yang pelbagai. Justeru, bagi mengembalikan semula ruh pendidikan dan menyampaikan makna ilmu yang sebenar, epistemologi Islam perlu diangkat semula sebagai pegangan dan kepercayaan dalam diri guru. Ini kerana kepercayaan epistemologi ilmu ini dipercayai mempunyai kaitan dengan tingkah laku seseorang termasuklah amalan pengajaran. Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk melihat tahap kepercayaan epistemologi GPI dan tahap amalan pengajaran mereka kemudian menganalisis keterkaitan antara kedua-dua variabel ini. Seramai 525 orang guru pendidikan Islam daripada seluruh Semenanjung Malaysia dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Teknik pensampelan yang digunakan ialah multistage cluster sampling. Kajian ini merupakan kajian tinjauan menggunakan pendekatan kuantitatif. Dapatan kajian menunjukkan tahap kepercayaan epistemologi Islam (M=4.26) dan amalan pengajaran (M=4.17) GPI berada pada tahap tinggi. Manakala ujian korelasi Pearson menunjukkan hubungan yang signifikan antara kepercayaan epistemologi Islam dengan amalan pengajaran dengan kekuatan sederhana (r=0.405). Kajian ini memberi implikasi kepada model pengajaran, IPG, penggubal dasar, sekolah dan guru Pendidikan Islam dalam hasrat meningkatkan kualiti pengajaran Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan.
Subjects

Kepercayaan Epistemol...

File(s)
Loading...
Thumbnail Image
Name

Hubungan Kepercayaan Epistemologi Islam Dengan Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan Malaysia.pdf

Size

340.42 KB

Format

Adobe PDF

Checksum

(MD5):68a8f2997437a4a902a3506c2e0429d0

Welcome to SRP

"A platform where you can access full-text research
papers, journal articles, conference papers, book
chapters, and theses by USIM researchers and students.”

Contact:
  • ddms@usim.edu.my
  • 06-798 6206 / 6221
  • USIM Library
Follow Us:
READ MORE Copyright © 2024 Universiti Sains Islam Malaysia