Publication: Persepsi Pelajar Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Qiraat
Loading...
Date
2019-10-08
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Pengajian qiraat telah bermula sejak Rasulullah SAW bertalaqqi dengan malaikat Jibril AS sehingga berterusan diaplikasikan di kalangan para sahabat dan berkembang sehingga ke generasi umat Islam hari ini. Ketekunan para sahabat mempelajari qiraat terbukti dengan kelahiran pakar-pakar qiraat seperti Saidina Uthman bin Affan, Saidina Ali bin Abi Talib, Abd ar-Rahman al-Sulami dan lain-lain sehingga melahirkan generasi al-Quran yang cemerlang. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti latarbelakang responden dan mengkaji persepsi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran qiraat Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk kaedah kuantitatif dengan menggunakan metode soal selidik. Soal selidik dalam bentuk skala likert -5 telah digunakan untuk mendapatkan maklumat responden berkaitan persepsi pengajaran dan pembelajaran qiraat. Sebanyak 146 responden telah menjawab soal selidik yang diedarkan kalangan responden tahun dua yang terlibat dengan program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi dengan Kepujian, USIM mengikut persampelan Proportionate Stratified Random Sampling. Dapatan hasil kajian menunjukkan persepsi para pelajar terhadap pengajian qiraat berada tahap baik dengan minat serta kesedaran yang tinggi bahawa pengajian qiraat juga memainkan peranan penting dalam pendidikan Islam. Namun masih perlu penambahbaikan dari aspek bahan-bahan bantu mengajar yang lebih menarik dan efektif selari dengan perkembangan multimedia terkini agar mampu memartabatkan pendidikan qiraat di peringkat lebih tinggi.
Description
THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION (SWAT) 2019
“AL QURAN RAHMATAN LIL A’LAMIN: VISION AND CHALLENGES”
8th – 9th October 2019 / 9 – 10 Safar 1441H
Hosted By : Faculty Of Quranic And Sunnah Studies, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Keywords
Persepsi, Pelajar, Pengajaran dan Pembelajaran, Qiraat, USIM.