Publication: Relevansi Pendekatan Heutagogi Dalam Pengajian Qira’at Di Era Revolusi Industri 4.0
Loading...
Date
2021-10-06
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Pendidikan hari ini di peringkat global mendepani cabaran maha hebat yang tidak dijangka dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Ini dapat dilihat dengan kejutan pandemik corona virus pada akhir tahun 2019 di China, dan akhirnya merebak ke seluruh dunia dengan begitu pantas yang lebih dikenali hari ini sebagai virus Covid-19. Impaknya, kegiatan dan aktiviti harian manusia berubah 360 darjah daripada rutinnya fizikal kepada norma baharunya secara dalam talian, termasuklah dunia pendidikan. Proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang selama ini tertumpu kepada gabungan bersemuka dan e-learning, akhirnya terpaksa dilaksanakan secara dalam talian 100% akibat daripada pandemik Covid-19 yang melanda di seluruh dunia. Melihat kepada cabaran dan kekangan yang sedia ada serta pengalaman manusia dalam mendepaninya sejak tahun 2019, satu pendekatan baharu dalam dunia pendidikan perlu digerakkan secara agresif agar proses PdP dapat berjalan dengan lancar dan berkesan, sama ada di peringkat sekolah mahupun universiti, terutamanya kursus yang bersifat tradisional dan turāth seperti pengajian qira’at. Objektif kajian ini adalah untuk mencari pendekatan dan metode yang sesuai dalam model heutagogi yang telah mula diperkatakan pada tahun 2013 bagi diadaptasi dengan pengajian qira’at di era revolusi industri 4.0. Pengumpulan data kualitatif berbentuk deskriptif digunapakai dalam kajian ini menerusi metode analisis dokumen dengan meneliti semua aspek berkaitan dengan model pendidikan alaf baharu ini dan kesesuaiannya dengan kursus bersifat turāth seperti pengajian qira’at. Dapatan awal menunjukkan, keperluan perubahan kepada model baharu seperti heutagogi dalam dunia pendidikan hari ini serta relevansinya yang baik bagi diimplementasi terhadap pengajian qira’at.
Description
PAPER PROCEEDINGS THE 7TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION (SWAT) 2021
“ISLAMIC AND NON-REVEALED KNOWLEDGE IN FACING THE GLOBAL CHALLENGES”
6th – 7th October 2021 / 29 – 30 Safar 1443H
Faculty of Quranic and Sunnah Studies
Universiti Sains Islam Malaysia
Keywords
Relevansi, Heutagogi, Pengajian Qira’at, Revolusi Industri