Options
Aspek Pemikiran Dan Metodologi Penyampaian Al-Marbawi Dan Mustafa Abdul Rahman: Perbandingan Dalam Pentafsiran Surah Yasin
Journal
Ulum Islamiyyah
Date Issued
2018
Author(s)
Ahmad Bazli Ahmad Hilmi
Zulkifli Mohd Yusoff
Selamat Amir
Zulkarnin Zakaria
Abstract
Perkembangan bidang tafsir di Malaysia diperangaruhi oleh tokoh ulama Melayu daripada pelbagai institusi pendidikan dan setiap daripada mereka mempunyai metode pengajian tafsir yang tersendiri. Keunggulan ilmu tokoh ulama terdahulu dapat dilihat melalui penghasilan kitab-kitab tafsir. Kajian ini bertujuan menganalisis perbandingan aspek pemikiran dan metode penyampaian Muhammad Idris Al-Marbawi dan Mustafa Abdul Rahman dalam karya masing-masing. Fokus kajian ini adalah kepada tafsiran surah Yasin kedua-dua tokoh. Melalui pendekatan kajian perpustakaan, penulis berusaha meneliti dua aspek tersebut dalam karya setiap tokoh dan kemudian membanding antara keduanya. Hasil kajian mendapati pemikiran Al-Marbawi bersifat universal dan integral; pentafsiran beliau sarat dengan perbincangan merangkumi dan merentasi pelbagai bidang ilmu dan aspek. Pemikiran Mustafa Abdul Rahman pula lebih bersifat kontradik dengan Al-Marbawi; pentafsiran beliau mendasar dan merangkumi pengetahuan umum berkenaan ayat. Dari segi metodologi penyampaian Al-Marbawi diwarnai dengan pelbagai pendekatan unik dan susun atur kitab yang sistematik, sementara Mustafa Abdul Rahman menggunakan pendekatan syarahan dengan gaya bahasa yang mudah difahami pembaca.
File(s)
Loading...
Name
The Malaysian Journal of Islamic Sciences (Ulum Islamiyyah)_Vol.23 April 2018_Aspek Pemikiran Dan Metodologi Penyampaian Al-Marbawi DanMustafa Abdul Rahman.pdf
Size
432.98 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):ee14f762d29cf312fb5d2a1ce3ca2567