Options
Analisis Simetri Rekaan Corak Kelarai Anyaman Tikar Di Alam Melayu
Journal
Jurnal Arkeologi Malaysia (JAM)
Date Issued
2018
Author(s)
Ros Mahwati Ahmad Zakaria
Mohd Rohaizat Abdul Wahab
Mohammad Anis Abdul Samad
Siti Norbaya Mat Yacob
DOI
https://arkeologimalaysia.org.my/jurnalarkeologi/index.php/jurnalarkeologi/article/view/179
Abstract
Kertas ini mengetengahkan analisis simetri dalam rekaan corak kelarai pada anyaman tikar di alam Melayu. Kelarai merupakan satu daripada motif hiasan tempatan yang menggunakan konsep geometri. Rekaan ini sangat unik daripada segi penggunaan warna dan susunan. Kelarai digunakan sebagai hiasan anyaman bakul, tikar, tudung saji dan dinding rumah tradisional. Objek anyaman yang asas dianggap sebagai kosong tanpa kelarai. Rekaan corak kelarai pada anyaman tikar memerlukan kreativiti dan kemahiran matematik penganyam bagi memastikan rekaan yang konsisten. Oleh itu analisis simetri digunakan sebagai kaedah bagi melihat peranan simetri dalam membentuk rekaan corak kelarai. Terdapat sepuluh rekaan kelarai yang dipilih dan digunakan dalam analisis ini. Corak kelarai dibahagikan kepada empat kumpulan simetri iaitu, 45°, 90°, 180° dan 360°.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
ANALISIS SIMETRI REKAAN CORAK KELARAI ANYAMAN TIKAR DI ALAM MELAYU.pdf
Size
399.31 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):74e1cbf04b8a3414c452e6230ab17edd