Publication: Gaya Penulisan Dan Kesungguhan Ulama Klasik Dan Kontemporari Terhadap Ilmu Sanad Al-qur’ān
Loading...
Date
2021
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Penerbit Universiti Sultan Zainal Abidin
Abstract
Umum mengetahui bahawa sanad al-Quran merupakan salah satu perkara daripada tiga syarat utama dalam meriwayat bacaan al-Quran yang sahih. Peringkat awalnya sanad al-Quran dicatat dalam lembaran kertas sebagai dokumen penting yang mengesahkan seseorang itu telah tamat membaca al-Quran di hadapan guru dan memenuhi semua ilmu yang berkaitan dengan periwayatan bacaan. Penulisan berkaitan ilmu sanad al-Quran berkembang dengan lahirnya tokoh-tokoh al-Quran seperti Al-Zahabi (wafat 748H) yang telah menghasilkan karya Ma’rifah al-Qurra’ al-Kibar, Ibn al-Jazari (wafat 833H) menerusi karya Ghayah al-Nihayah Fi Tabaqat al-Qurra’ dan al-Nasyr fi al-Qiraat al-Asyr dan ramai lagi. Objektif kajian ini ialah mengkaji metodologi dalam penulisan ulama silam dalam karya berkaitan sanad al-Quran. Selain itu, kajian memberi fokus juga kepada penulisan yang dihasilkan oleh ulama kontemporari dalam bidang ini seperti kitab Ithaf al-Zaman bi Asanid Ahl al-Quran oleh Dr. Ilyas al-Barmawi dan kitab al-Salasil al-Zahabiyyah bi al-Asanid al-Nasyriyyah oleh Dr. Aiman Rusydi Suwaid yang mengulas dan mengkaji sanad al-Quran secara tersusun dan kritis. Kajian ini akan dijalankan menerusi metode kualitatif deskriptif dengan memberi fokus khusus kepada kitab sanad al-Quran yang terpilih. Metode deduktif dalam kajian akan digunakan secara maksimum dalam menghasilkan dapatan yang diharapkan. Hasil kajian mendapati bahawa penulisan dalam bidang ini telah diberi keutamaan oleh ulama terdahulu dengan penggunaan metode biografi Qurra’, guru dan murid mereka. Adapun ulama kontemporari pula memberi penekanan kepada susur jalur sanad yang tinggi hingga ke Rasulullah saw dan juga membahas isu semasa berkaitan sanad.
Description
Keywords
Sanad al-Qur’ān, Kesungguhan Ulama Klasik dan Kontemporari, Gaya Penulisan
Citation
Alias, N. (2021). [Writing Style and Intensity of Classic and Contemporary Scholars in Quranic Sanad Knowledge Writing] Gaya Penulisan dan Kesungguhan Ulama Klasik dan Kontemporari Terhadap Ilmu Sanad Al-Qur’ān. Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 21(3), 165-177. https://doi.org/10.37231/jimk.2020.21.3.459