Options
Model Nasihat Luqman Al-Hakim kepada Anaknya daripada Surah Luqman
Date Issued
2023-01-28
Author(s)
Nur Syafiqah Bt Na’azaha
Srie Nur Balqis Binti Arifin
Fatihah Binti Amzah @ Hamzah
Abstract
Luqmanul Hakim adalah seorang manusia yang telah dimuliakan oleh Allah SWT sehinggakan nama beliau diabadikan oleh Allah didalam Alquran iaitu Surah Al Luqman. Nama Luqmanul Hakim telah disebut didalam Al-Quran sebanyak 2 kali. Luqmanul Hakim telah dianugerahkan oleh Allah SWT kebijaksanaan dan beliau memiliki nasihat yang sangat baik yang diwarisi kepada manusia sejagat. Nasihat bijak beliau telah dinyatakan didalam AlQuran di dalam Surah Al Luqman dan kita dapat membacanya sehingga kini dan nasihat beliau kepada anaknya dianggap sebagai salah satu bentuk akhlak mulia dan mempunyai hikmah yang besar bagi umat manusia yang mencari pedoman di dalam hidup. Namun masyarakat sekarang, tidak begitu mengenali susuk mulia Luqmanul Hakim dan nasihat emas dari beliau. Kebanyakan nasihat beliau sangat berguna kepada manusia di zaman metropolitan ini, yang mana manusia kini, tandus dengan nasihat dan motivasi untuk meneruskan kehidupan. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi membantu masyarakat sekarang mengenali, mencontohi dan mengikuti nasihat emas beliau untuk dijadikan panduan di dalam hidup masyarakat. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, iaitu menganalisis,mengkaji dan menyimpulkan maklumat-maklumat daripada dapatan kajian lepas dan kitab-kitab yang berkait dengan tajuk ini. Pada akhir kajian ini, kita dapat melihat nasihat-nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya boleh diaplikasikan dalam kehidupan. Apa yang boleh disimpulkan ialah nasihat Luqman menimbulkan kesan yang berkekalan apabila didalami maksudnya, membuktikan bahawa Allah telah mengurniakan hikmah kepadanya. Malah, ia masih relevan hingga ke hari ini dan sewajarnya menjadi panduan oleh kita. Semoga kita dapat mengamalkan ajaran Luqman Al-Hakim dan menyebarkan ajaran yang disampaikan.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
MODEL NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM KEPADA ANAKNYA DARIPADA SURAH LUQMAN.pdf
Size
356.9 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):5e568701401835138fab48306e4ed2e8