Publication:
Analisis Pengurusan Dana Ziswaf oleh Dompet Dhuafa Dalam Memperkasakan Sosio-Ekonomi Dhuafa di Indonesia

dc.contributor.authorAbu Bakari, M.en_US
dc.contributor.authorAhmad, S.en_US
dc.contributor.authorSalleh, A. D.en_US
dc.contributor.authorMd Salleh, M. F.en_US
dc.date.accessioned2024-05-29T07:37:33Z
dc.date.available2024-05-29T07:37:33Z
dc.date.issued2019
dc.description.abstractYayasan Dompet Dhuafa Republika atau lebih dikenali sebagai Dompet Dhuafa ialah institusi bukan keuntungan yang ditubuhkan untuk membantu dhuafa melalui aktiviti-aktiviti sosial dan kemanusiaan di Indonesia. Yayasan ini menguruskan dana ZISWAF (Zakat, Infaq, Sadaqah dan Wakaf) serta dana-dana lain daripada individu, kumpulan, syarikat atau institusi di Indonesia. Sehingga kini, Yayasan Dompet Dhuafa telah mengumpul dan menyalurkan dana ZISWAF untuk pelbagai program kemanusiaan, termasuklah program sosial dan ekonomi untuk pembangunan asnaf di hampir seluruh pelusuk Indonesia. Kejayaan pengurusan dan profesionalisme Dompet Dhuafa dalam mentransformasi dan memperluas manfaat zakat dan wakaf untuk membantu dhuafa ini telah diiktiraf di peringkat global melalui penghargaan dari Ramon Magsaysay Award Foundation (RMAF) pada tahun 2016. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis pengurusan dana ZISWAF oleh Dompet Dhuafa dalam memperkasakan sosio-ekonomi dhuafa di Indonesia. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Data kajian dikumpul melalui dokumen dan temu bual bersama kumpulan berfokus. Data kemudiannya dianalisis menggunakan metod analisis kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa program yang dianjurkan oleh Dompet Dhuafa melalui dana ZISWAF dapat membantu memperkasakan sosio-ekonomi dhuafa di Indonesia. Hasil kajian ini diharap dapat membantu pihak-pihak pengurus zakat dan wakaf dalam menguruskan dana�yang mampu membangunkan aspek sosial dan ekonomi dhuafa di masa akan datang.
dc.identifier.epage140
dc.identifier.issn2232-1047
dc.identifier.issue2
dc.identifier.spage119
dc.identifier.urihttp://jfatwa.usim.edu.my/index.php/jfatwa/article/view/277
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/13547
dc.identifier.volume17
dc.languageMalay
dc.publisherUniversiti Sains Islam Malaysiaen_US
dc.relation.ispartofJournal of Fatwa Management and Research
dc.sourceOpen Journal Systems
dc.subjectDompet Dhuafaen_US
dc.subjectZISWAFen_US
dc.subjectSosio-ekonomi dhuafaen_US
dc.titleAnalisis Pengurusan Dana Ziswaf oleh Dompet Dhuafa Dalam Memperkasakan Sosio-Ekonomi Dhuafa di Indonesiaen_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Analisis Pengurusan Dana Ziswaf oleh Dompet Dhuafa Dalam Memperkasakan Sosio-Ekonomi Dhuafa di Indonesia.pdf
Size:
1.14 MB
Format:
Adobe Portable Document Format