Publication:
Tinjauan Tahap Prestasi Peranan Guru Pendidikan Islam Sebagai Pemangkin Perubahan Ke Arah Pembentukan Masyarakat Madani Melalui Kaedah Pendidikan Islam Tidak Formal

dc.contributor.authorMaziahtusima Ishak1,en_US
dc.contributor.authorMohd Mursyid Arshad2,en_US
dc.contributor.authorFathiyah Mohd Fakhruddinen_US
dc.contributor.authorIsmi Ariff Ismailen_US
dc.contributor.authorHayati Ismailen_US
dc.contributor.authorSakinah Ahmaden_US
dc.contributor.authorSiti Rosilawati Ramlanen_US
dc.contributor.authorHazlina Abdullahen_US
dc.contributor.authorNoor Saazai Mat Saaden_US
dc.contributor.authorSarifah Nurhanum Syed Sahuren_US
dc.date.accessioned2024-05-30T01:45:17Z
dc.date.available2024-05-30T01:45:17Z
dc.date.issued2021-06
dc.descriptionVol. 6 No. 1 (2021): Jurnal Sains Insanien_US
dc.description.abstractSejarah perkembangan pendidikan negara menunjukkan pendidikan Islam tidak formal merupakan kaedah penyampaian ilmu yang paling berkesan khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu. Guru agama sangat berpengaruh terutamanya dalam aspek pengukuhan identiti Melayu Islam dan bimbingan kerohanian. Sistem pendidikan negara yang bertunjangkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menjadi teras kepada pembangunan Falsafah Pendidikan Islam (FPI) ke arah pemantapan sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup individu berteraskan al-Quran dan al-Sunnah. Namun begitu, pelbagai kepincangan dalam masyarakat turut dikaitkan dengan tahap penglibatan GPI dalam aktiviti kemasyarakatan yang masih rendah. Kajian ini bertujuan menilai tahap prestasi peranan guru pendidikan Islam (GPI) sebagai pemangkin perubahan ke arah pembentukan masyarakat madani dalam era pasca moden. Peranan GPI sebagai pemangkin perubahan dinilai menggunakan soal selidik yang terdiri daripada 8 item yang dibina berdasarkan teori peranan dan ciri ejen berkesan dalam model Perubahan Terancang. Nilai kebolehpercayaan instrumen ialah .923. Kajian melibatkan 320 orang GPI sekolah agama swasta di Selangor yang dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS 23.0. Keputusan kajian menunjukkan tahap peranan GPI sebagai pemangkin perubahan adalah sederhana. Ini membuktikan persepsi dan jangkaan orang lain terhadap tanggung jawab sebenar GPI terhadap ahli masyarakat dapat mempengaruhi tingkah laku GPI. Kajian merupakan satu konteks baru iaitu mengukur penglibatan dan peranan GPI dalam pendidikan tidak formal. Peranan pemangkin perubahan yang dikaji adalah mengikut jangkaan dan persepsi masyarakat menurut Teori Peranan serta keperluan standard profesionalisme guru di Malaysia. Dapatan kajian boleh digunakan sebagai kayu ukur oleh KPM dalam menilai tahap pengamalan nilai profesionalisme guru berdasarkan Model Standard Guru Malaysia.en_US
dc.identifier.citationIshak, M. ., Arshad, M. M., Mohd Fakhruddin, F., Ismail, I. A., Ismail, H., Ahmad, S., Ramlan, S. R., Abdullah, H., Mat Saad, N. S. ., & Syed Sahuri, S. N. (2021). Tinjauan Tahap Prestasi Peranan Guru Pendidikan Islam Sebagai Pemangkin Perubahan Ke Arah Pembentukan Masyarakat Madani Melalui Kaedah Pendidikan Islam Tidak Formal : A Review of the Role Performance Level of Islamic Education Teachers as Catalysts for Change Towards the Development of Madani Society Through Non-Formal Islamic Education Methods. Sains Insani, 6(1), 25-34. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol6no1.229en_US
dc.identifier.doi10.33102/sainsinsani.vol6no1.229
dc.identifier.epage24
dc.identifier.issn0127-7871
dc.identifier.issue1
dc.identifier.spage25
dc.identifier.urihttps://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/229
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15229
dc.identifier.volume6
dc.language.isoenen_US
dc.publisherFakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysiaen_US
dc.relation.ispartofJurnal Sains Insanien_US
dc.subjectguru pendidikan Islam, nilai profesionalisme guru, pemangkin perubahan, pendidikan tidak formal, teori perananen_US
dc.titleTinjauan Tahap Prestasi Peranan Guru Pendidikan Islam Sebagai Pemangkin Perubahan Ke Arah Pembentukan Masyarakat Madani Melalui Kaedah Pendidikan Islam Tidak Formalen_US
dc.title.alternativeA Review of the Role Performance Level of Islamic Education Teachers as Catalysts for Change Towards the Development of Madani Society Through Non-Formal Islamic Education Methodsen_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Tinjauan Tahap Prestasi Peranan Guru Pendidikan Islam Sebagai Pemangkin Perubahan Ke Arah Pembentukan Masyarakat Madani Melalui Kaedah Pendidikan Islam Tidak Formal.pdf
Size:
340.58 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Plain Text
Description: