Options
Tafsir Feminis: Antara Rekonstruksi Tafsiran Mesra-Gender atau Huraian Pseudo-Ilmiah
Journal
Journal of Ma alim Al-Qur an Wa Al-Sunnah
Date Issued
2018
Author(s)
Ramli, M. A.
Rosele, M. I.
Md Ariffin, M. F.
Zulkepli, M. I. S.
Abstract
Tafsir feminis satu aliran tafsir yang sedang berkembang dalam disiplin ilmu semasa. Ia menawarkan tafsiran bentuk baharu, iaitu mendekonstruksi tafsiran mufassir klasik yang dianggap sebagai misoginis (anti wanita) dan dalam masa yang sama menawarkan serta merekonstruksi tafsiran yang mesra gender. Kajian ini bertujuan melakukan sorotan terhadap pentafsiran golongan feminis terhadap al-Quran dan perbandingannya dengan pentafsiran pseudo-ilmiah serta menganalisis isu yang timbul dari pentafsiran tersebut. Untuk mencapai objektif tersebut, beberapa pendapat mufassirsama ada dari mufassirzaman pertengahan mahupun kontemporari, dari aliran tafsir tradisional dan feminis terhadap isu pewarisan wanita dianalisis secara komparatif. Hasil kajian mendapati, wujudnya perbezaan antara kedua-dua aliran tersebut disebabkan metodologi pentafsiran yang berbeza. Walaupun aliran feminis mengutarakan tafsir yang berorientasikan kesetaraan gender, namun metodologi mereka adalah tidak mengambilkira disiplin tafsir yang sahih.
File(s)
Loading...
Name
Journal of Maalim alQurʾan wa alSunnah_Vol 14 No 15 (2018)_Tafsir Feminis_ Antara Rekonstruksi Tafsiran Mesra-Gender atau Huraian Pseudo-Ilmiah.pdf
Size
423.21 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):0a54120f4aa9c60c94dc3377afe33423