Options
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Melalui Pendekatan Tadzakkur
Journal
AL-ABQARI: Journal of Islamic Social Sciences and Humanities
Date Issued
2019
Author(s)
Tengku Jamil, T.N.H.
Abd Khafidz, H.
Osman, K.
Abstract
Memiliki kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) bagi guru dan pelajar hari ini adalah satu keperluan. Namun aplikasi KBAT sering merujuk kepada pandangan dunia barat. Walau bagaimanapun kajian telah menunjukkan beberapa elemen yang terdapat dalam al-Quran yang boleh membawa kepada pendekatan KBAT dan salah satunya adalah tadzakkur. Tadzakkur adalah elemen yang sangat rapat dan dekat dengan guru Pendidikan Islam (GPI) serta menjadi amalan dalam pengajaran GPI. Oleh itu, objektif utama kajian ini adalah untuk memperkenalkan pendekatan tadzakkur yang perlu ditabiatkan oleh guru-guru khususnya GPI. Menggunakan kajian kualitatif melalui pendekatan analisis dokumen, beberapa kertas kerja, artikel dan buku akan dianalisis. Hasil kajian menunjukkan pendekatan tadzakkur adalah pendekatan yang sangat relevan dan sesuai serta perlu dilaksanakan secara bersungguh-sungguh oleh GPI bagi melahirkan generasi rabbani dan ta’dib.
File(s)
Loading...
Name
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI MELALUI PENDEKATAN TADZAKKUR.pdf
Size
282.35 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):8ee4a0090e4a30c403497b2d7e7c906b