Options
Kesilapan Berkaitan Teks Dalam Perisian Digital Islam: Kajian Kes Terhadap Perisian Al-Maktabah Al Syamilah Dan Jawal’ Al-Kalim
Date Issued
2020-10-29
Author(s)
A. Irwan Santeri bin Doll Kawaid
Mohd Aminuddin bin Israbani
Abstract
Platform digital telah menjadi fenomena baru dalam kehidupan manusia hari ini. Antara bidang
kehidupan yang terawal memanfaatkan platform ini adalah bidang ilmu pengetahuan. Bukan sahaja
untuk aktiviti komunikasi, pembentangan dan pembelajaran, malah dalam menyelesaikan beberapa
perkara rumit berkaitan sesuatu masalah ilmu. Tidak terkecuali dalam mengambil sisi positif
platform ini ialah bidang pengajian Islam. Semenjak dari awal kemunculan era digital, pelbagai
platform berkaitan ilmu Islam telah diwujudkan oleh pelbagai pihak. Tujuannya ialah bagi
memudahkan umat Islam mendekatkan diri dengan ilmu-ilmu Islam. Platform-platform tersebut
sama ada dalam bentuk perisian desktop, laman sesawang atau aplikasi talifon mudah alih. Mesra
pengguna dan mempunyai sumber data yang banyak menjadi faktor mengapa platform-platform
tersebut lebih menjadi pilihan. Selain untuk memperolehi maklumat, terdapat pelbagai fungsi
tambahan lain yang memudahkan dalam menyelesaikan beberapa permasalahan berkaitan ilmu.
Antara platform yang sering mendapat perhatian pengguna ialah platform digital berbentuk perisian.
Rendah tahap dimanipulasi, data maklumat yang banyak serta mempunyai fungsi tambahan mesra
pengguna menjadikan platform tersebut lebih popular. Banyak pihak yang bergantung kepada
platform ini terutamanya dalam berinteraksi dengan teks. Namun, terdapat sesetengah pihak yang
menggunakannya tidak melakukan sebarang semakan terhadap keabsahan teks-teks yang terdapat
dalam perisian-perisian tersebut. Meskipun sesetengah perisian tersebut ada yang sering dinaik taraf
sistem pengoperasiannya serta tahap kesilapan teks didakwa telah dikurangkan, namun tiada kajian
terkini terhadap perkara tersebut. Bagi mengetahui tahap sebenar keabsahan teks yang terdapat
perisian-perisian tersebut, satu kajian kes dilihat perlu dilakukan. Justeru, kajian ini bertujuan
mengkaji tahap keabsahan teks yang terdapat dalam perisian-perisian ilmu berkaitan Islam dengan
memfokuskan kajian terhadap dua perisian yang sering digunakan oleh umat Islam iaitu perisian al Maktabah al-Syamilah versi 4.38 dan Jawami al-Kalim versi 4.5. Diharapkan agar dapatan kajian ini
dapat mendedahkan ketepatan teks yang terdapat dalam perisisan-perisian tersebut serta dapat
membantu para pengguna dalam mengenalpasti kesilapan yang berlaku.

File(s)
Loading...
Name
BM008 - Kesilapan Berkaitan Teks Dalam Perisian Digital Islam Kajian Kes Terhadap Perisian Al-Maktabah Al Syamilah Dan Jawal’ Al-Kalim.pdf
Description
Kesilapan Berkaitan Teks Dalam Perisian Digital Islam: Kajian Kes Terhadap Perisian Al-Maktabah Al Syamilah Dan Jawal’ Al-Kalim
Size
1.88 MB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):b05c06154b23a8f9f9b9d519eb7deb2e