Repository logo
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
Repository logo
    Communities & Collections
    Research Outputs
    Fundings & Projects
    People
    Statistics
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. Proceedings
  3. Seminars
  4. Seminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika dan Turath Islami (i-STET)
  5. 2019 i-STET
  6. Unsur Disfemisme: Ragam Bahasa dalam Novel ‘Kasyaf Ain’
 
  • Details
Options

Unsur Disfemisme: Ragam Bahasa dalam Novel ‘Kasyaf Ain’

Date Issued
2019
Author(s)
Norazilah Buhari
Nor Azlili Hassan
Nik Norazira Abd Aziz
Abstract
Bahasa merupakan representasi pemikiran manusia untuk mengekspresikan idea, fikiran, dan perasaan sama ada secara lisan ataupun tulisan. Hal ini kerana bahasa merupakan wahana komunikasi yang digunakan untuk memperkatakan pelbagai hal, aspek, bidang dan peristiwa. Kedinamikan bahasa dan hubungannya yang erat dengan masyarakat menyebabkan terhasilnya ragam bahasa berdasarkan konteks penggunaan. Dalam penulisan sesebuah karya atau teks, ragam bahasa digunakan untuk menghidupkan dan menguatkan gaya sesebuah penceritaan dan perwatakan supaya pembaca mendapat kesan tertentu hasil daripada pembacaanya. Garapan idea dan fakta yang kreatif daripada pemikiran pengarang menjadi kurang menarik jika tidak diolah dan diperindah dengan penggunaan ragam bahasa yang bersesuaian mengikut cerita dan watak yang dibawa dalam penulisan karya tersebut. Ragam bahasa berunsur disfemisme turut digunakan bagi mengekspresi perasaan dan emosi dalam sesebuah karya. Disfemisme adalah konotasi yang tidak sopan namun ianya bertujuan untuk menguatkan sesuatu maksud, sebagai senjata untuk menyerang lawan, meluapkan kekecewaan, kemarahan dan emosi lain. Novel Kasyaf Ain mengandungi pelbagai ragam bahasa yang berunsur disfemisme telah digarap oleh Ramlee Awang Mursyid. Pengarang telah mengeksploitasikan ragam bahasa tersebut namun mengekalkan estetika bahasa di dalam karyanya. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis ragam bahasa Melayu dalam novel Kasyaf Ain. Kaedah kajian adalah berbentuk analisis kandungan yang melihat novel Kasyaf Ain dan bahan-bahan kajian lepas yang berkaitan dengan novel kajian dan tentang ragam bahasa. Ragam bahasa ini dianalisis melalui setiap bab dalam novel tersebut bagi memperlihatkan secara jelas tentang penggunaannya. Analisis menunjukkan bahawa novel Kasyaf Ain menggunakan ragam bahasa yang menarik dan mudah difahami seperti ragam bahasa sindiran, ragam bahasa menggiat, ragam bahasa mengejek, ragam bahasa tempelak, ragam bahasa herdik dan ragam bahasa melampau. Kepelbagaian ragam bahasa yang saling bertaut ini telah membentuk kesempurnaan novel Kasyaf Ain sebagai sebuah karya kreatif.
Subjects

ragam, bahasa, disfem...

File(s)
Loading...
Thumbnail Image
Name

Unsur Disfemisme Ragam Bahasa dalam Novel ‘Kasyaf Ain’.pdf

Size

450.91 KB

Format

Adobe PDF

Checksum

(MD5):7a1ca00d85f8e01ca65a27d722d022fc

Welcome to SRP

"A platform where you can access full-text research
papers, journal articles, conference papers, book
chapters, and theses by USIM researchers and students.”

Contact:
  • ddms@usim.edu.my
  • 06-798 6206 / 6221
  • USIM Library
Follow Us:
READ MORE Copyright © 2024 Universiti Sains Islam Malaysia