Options
Al-Asabiyyah Al-Ghalibah Sebagai Maksud Kemampuan Mencegah Mungkar Pemerintah Dalam Hadith Nabi Saw Serta Analisis Kepentingan Melayu Dalam Reformasi Politik Malaysia
Journal
Journal of Hadith Studies
Date Issued
2018
Author(s)
Ahmad Izzuddin Abu Bakar
DOI
10.33102/johs.v3i2.41
Abstract
Islam telah menggariskan dasar-dasar politik melalui hadith-hadith yang berkaitan al-Qudrah (kemampuan) untuk mencegah kemungkaran yang berlaku. Ibnu Khaldun berpendapat maksud al-Qudrah terutama jika kemungkaran dilakukan oleh pemerintah atau kerajaan; ialah memiliki sifat al-Asabiyyah al-Ghalibah (bangsa berpengaruh). Terutamanya jika sesebuah negara terdiri daripada rakyat berbilang kaum. Kajian ini akan melihat kepentingan bangsa Melayu dari perspektif hadith dalam reformasi politik yang merupakan suatu bentuk pencegahan mungkar. Orang Melayu mewakili 90% jumlah penduduk Islam di Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk. Penelitian akan dibuat terhadap hadith-hadith yang menjadi paksi kepada syarat al-Qudrah, merumuskan pendapat Ibn Khaldun terhadap maksudnya dan merujuk tulisan kontemporari tentang metod berinteraksi dengan hadith dari perspektif tokoh ini bagi mendapatkan gambaran tepat mengenai pendalilan yang diguna pakai. Kajian mendapati hadith yang dijadikan sebagai dalil mengenai Al-Qudrah dalam mencegah kemungkaran adalah jelas. Manakala tafsiran Ibnu Khaldun mengenai al-Qudrah berdasarkan kepada hadith dan konsep Sunnatullah. Orang Melayu memiliki kedua-dua ciri al-Asobiyyah al-Ghalibah iaitu pengiktirafan etnik lain dan keupayaan mengekalkan kestabilan. Kekuatan mereka pula secara semulajadi akan menguatkan kedudukan Islam dan begitulah sebaliknya.
File(s)
Loading...
Name
Al-Asabiyyah Al-Ghalibah Sebagai Maksud Kemampuan Mencegah Mungkar Pemerintah Dalam Hadith Nabi Saw Serta Analisis Kepentingan Melayu Dalam Ref.pdf
Size
366.74 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):6430cabf5b12013b53abf55de6036f3d