Options
Pentaklifan Ibadat Terhadap Pengidap Autisme Menurut Fiqh Islam
Date Issued
2024
Author(s)
Syed Sultan Bee bt. Packeer Mohamed
Abstract
Autisme ialah gangguan perkembangan neuro sepanjang hayat. Ini bermakna autisme memberi kesan kepada perkembangan otak dan mempengaruhi keupayaan kanak-kanak untuk berkomunikasi, berinteraksi secara sosial dan belajar seperti kanak-kanak biasa. Namun begitu, tahap gangguan ini adalah berbeza di antara satu individu dengan individu lain. Dari sudut perubatan, pengidap autisme dikategorikan kepada tiga tahap iaitu ringan, sederhana dan teruk. Rentetan itu, satu kajian perlu dijalankan untuk mengenalpasti hukum pentaklifan syara’ terhadap pengidap autisme dalam ibadat kerana ia melibatkan hak Allah SWT. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengkategorian pengidap autisme menurut fiqh Islam serta mengkaji hukum pentaklifan syara’ ke atas setiap kategori dalam ibadat. Sehubungan itu, kajian yang berbentuk kualitatif ini menggunakan kaedah kepustakaan untuk mengumpul data. Manakala kaedah analisis kandungan digunakan untuk menganalisis data yang terkumpul. Hasil kajian mendapati bahawa pengidap autisme yang berada pada tahap ringan merupakan mukallaf. Oleh itu, wajib ke atas mereka menunaikan semua ibadat wajib yang diperintahkan ke atas mereka. Manakala pengidap autisme yang berada pada tahap sederhana dan teruk bukan merupakan mukallaf. Oleh itu, tidak wajib ke atas mereka sebarang ibadat. Walaupun begitu, mereka masih lagi perlu diajar dan dilatih untuk menunaikan ibadat. Tanggungjawab ini perlulah diambil oleh wali sama ada ibu bapa atau penjaga mereka.
File(s)
Loading...
Name
Pentaklifan Ibadat Terhadap Pengidap Autisme Menurut Fiqh Islam.pdf
Size
384.81 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):42031fa397abe7c0cf1716e256406f70