Publication: Asas Pendidikan Islam Menurut Pemikiran Sadīd Al-dīn Muḥammad Al-kashghari (m.705/1305): Satu Kajian Terhadap Ṭalibah Al-ṭalabah Fi Ṭariq Al-‘ilm Li Man Ṭalabah
Loading...
Date
2023
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
UKM
Abstract
Terdapat pelbagai buku dan karya pendidikan dihasilkan sepanjang sejarah Islam. Hal ini membuktikan perhatian serius para sarjana terhadap bidang tersebut. Karya-karya tentang ilmu, adab dan pendidikan Islam seterusnya menjadi sumber rujukan kepada pelaksanaan sistem pendidikan Islam sepanjang zaman. Oleh yang demikian, artikel ini akan membincangkan salah satu kitab yang amat penting dan belum didedahkan dengan sebaiknya bertajuk Ṭalibah al-Ṭalabah fī Ṭarīq al-‘Ilm li Man Ṭalabah. Setakat ini, manuskrip ini belum dikaji dan diperkenalkan kepada khalayak pembaca termasuklah perihal kodikologi, sejarah, kepengarangan dan juga kandungan berkait tema pendidikan. Begitu juga perihal pengarangnya Sadīd al-Dīn Muḥammad al-Kashgarī, maklumat terhadap latar belakang beliau adalah terhad sedangkan pemikiran dan sumbangan beliau didapati bukan sahaja berkembang di Kashgar, malah terdapat pengaruhnya di Mekah, Yaman dan juga alam Melayu. Oleh itu, artikel ini mengemukakan latar biografi pengarang dan juga beberapa asas pendidikan Islam menurut beliau dalam kitab Ṭalibah al-Ṭalabah fī Ṭarīq al-‘Ilm li Man Ṭalabah berdasarkan kaedah analisis kandungan. Dua tema utama dikemukakan, iaitu mengenai matlamat dan tujuan belajar serta konsep ilmu dan kurikulum pendidikan Islam. Kajian mendapati dalam kedua-dua aspek tersebut pemikiran beliau selaras dengan tokoh pendidikan Islam sebelumnya, khususnya al-Zarnūjī dan al-Ghazālī. Diharapkan dengan kajian ini pemikiran dan karya al-Kashgarī ini dapat diperkenalkan seterusnya membawa kepada banyak kajian lanjutan berkaitan topik ini.
Description
Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (JATMA) Volume 11 No 1 Page (89-100)
Keywords
Ṭalibah al-Ṭalabah; al-Kashgarī; kajian manuskrip; pendidikan Islam
Citation
Mohd Anuar Bin Mamat. (2022). Asas Pendidikan Islam Menurut Pemikiran Sadīd Al-Dīn Muḥammad Al-Kashghāri (M.705/1305): Satu Kajian Terhadap Ṭalibah Al-Ṭalabah Fī Ṭarīq Al-‘Ilm Li Man Ṭalabah. International Journal of the Malay World and Civilisation, 11(1), 89–100. https://doi.org/10.17576/jatma-2023-1101-08