Options
Melindungi Hak Pengguna Melalui Perkongsian Untung yang Lebih Telus dalam Takaful
Date Issued
2024
Author(s)
Abstract
Isu agihan keuntungan dalam takaful mula dibincangkan sejak takaful mula diperkenalkan dalam industri kewangan. Lebih-lebih lagi selepas industri takaful mula beroperasi di Malaysia, isu berkenaan agihan keuntungan yang dilaksanakan di tanah air seringkali menjadi fokus perbincangan dan kajian para penulis dan pengkaji, khususnya dalam bidang syariah, ekonomi dan kewangan Islam. Namun kebanyakan perbincangan, penulisan dan hasil kajian seringkali menjurus kepada topik hak perkongsian untung di antara pengendali takaful dan peserta takaful. Begitu juga fatwa-fatwa, peraturan dan panduan dari pihak berautoriti kebanyakannya menyentuh perihal syaratsyarat dan peraturan berkaitan hak berkongsi untung hasil dari lebihan kendalian dana takaful. Topik perbincangan yang seringkali dibahaskan antara lain ialah samada lebihan takaful adalah hak milik peserta semata-mata selaku penyumbang kepada dana kumpulan wang takaful, adakah lebihan ini boleh diagihkan semula kepada peserta sedangkan wang sumbangan yang dibayar adalah dibuat dengan niat untuk tolong menolong sesama peserta melalui akad tabarru’ (sumbangan derma) yang mana peserta telah melepaskan haknya sepenuhnya sejajar dengan akad tabarru’, adakah pengendali takaful selaku pentadbir yang menguruskan kendalian operasi takaful juga layak mendapat bahagian dari lebihan dana takaful. Namun terdapat hanya segelintir penulisan dan kajian berkaitan kaedah dan mekanisme agihan keuntungan kepada peserta, hak dan syarat-syarat yang melayakkan seseorang peserta takaful layak mendapat bahagian perkongsian lebihan dana takaful, serta faktor-faktor yang menentukan berapa banyak amaun keuntungan yang layak diperolehi oleh peserta. Artikel ini menggunakan kaedah kualitatif melalui temu bual bersama wakil pengendali takaful yang beroperasi di Malaysia. Hasil kajian mendapati tahap kesedaran (“awareness”) dikalangan peserta-peserta takaful mengenai hak dan kelayakan mereka atas lebihan dana takaful masih rendah. Artikel ini juga mengupas beberapa amalan dalam industri takaful yang berbeza-beza diantara satu pengendali takaful dengan pengendali takaful yang lain yang boleh diselaraskan untuk memberikan impak yang lebih baik dalam menjaga maslahah dan kebajikan pengguna produk-produk takaful dan seterusnya memberikan imej yang lebih baik dimata umum yang akhirnya boleh menarik minat lebih ramai menyertai produk-produk dan perkhidmatan takaful.
File(s)
Loading...
Name
Melindungi Hak Pengguna Melalui Perkongsian Untung yang Lebih Telus dalam Takaful.pdf
Size
276.09 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):1b8cdff6d48cb94f0f50a562401384a7