Options
Ciri-Ciri Daya-Tahan Organisasi (Organisational Resilience)
Date Issued
2022
Author(s)
Abstract
Pandemik COVID-19-19-19 yang merupakan satu krisis melanda dunia pada tahun 2020, telah menyebabkan gangguan pengoperasian organisasi di seluruh dunia. Operasi organisasi telah terhenti dan cabaran terbesar bagi organisasi yang terlibat adalah untuk kembali beroperasi seperti sebelum pandemik. Daya-Tahan Organisasi (Organisational Resilience) dalam sesebuah organisasi menentukan keupayaan sesebuah organisasi sebelum, semasa dan selepas menghadapi sesuatu krisis atau gangguan. Keboleh-lonjakan-kembali (bounce-back) sesebuah organisasi untuk beroperasi semula adalah satu cabaran yang perlu dihadapi organisasi dalam mengembalikan pengoperasian seperti sebelum krisis atau gangguan berlaku. Perbincangan kertas kerja ini akan tertumpu kepada ciri-ciri Daya-Tahan Organisasi dalam mengekalkan kelestarian organisasi. Daya-Tahan Organisasi harus mempunyai keupayaan untuk menghadapi risiko, tekanan potensi, kemampuan mengawal dan bertindakbalas ancaman sekitarnya untuk bangkit semula selepas sesuatu gangguan dan juga, jika diperlukan, berkebolehan untuk mengadaptasi setiap perubahan persekitaran.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Ciri-Ciri Daya-Tahan Organisasi (Organisational Resilience).pdf
Size
309.55 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):61d41400e54ed3a6db9bcdad46a011b7