Options
Penguasaan metode Rasm Uthmani di kalangan Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah Agama Integrasi di Selangor
Journal
e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi
Date Issued
2017
Author(s)
Shaharuddin Pangilun
Mohd Mahfuz Jaafar
Rohana Zakaria
Hayati Hussin
Abdul Rahim Ahmad
Abstract
Penyelidikan ini merupakan kajian tahap penguasaan metode Rasm Uthamni dalam kalangan Guru-Guru Pendidikan Islam (GPI) di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Selangor. Tujuan penyelidikan ini untuk mengenal pasti tahap dan masalah penguasaan metode Rasm Uthmani di kalangan GPI dalam memastikan gabung jalin Rasm Uthmani dengan Kurikulum Pendidikan Islam, Hafazan dan Tajwid yang dilaksanakan di SRAI. Kajian ini menggunakan metodologi kuantitatif, di mana soal selidik telah diedar kepada responden di sekolah-sekolah yang telah dikenal pasti. Ia juga berbentuk deskriptif bagi menjelaskan sesuatu kenyataan dengan menganalisis data daripada soal selidik yang diperolehi. Sebagai kesahan instrumen kajian ini, kajian rintis telah dijalankan di dua buah di Selangor. Hasil kajian mendapati tahap penguasaan Rasm Uthmani di kalangan GPI masih berada di tahap yang sederhana dan sangat perlu kepada penambah baikan. Di harap penyelidikan ini dapat membantu meningkatkan penguasaan ilmu al-Quran di kalangan guru GPI agar menjadi lebih mantap, di samping dapat memberi pendedahan dan membimbing murid-murid dalam menguasai ilmu-ilmu al-Quran dengan lebih baik. Seterusnya, dapat membantu Kerajaan Negeri Selangor khasnya dan agensi-agensi berkepentingan dalam memastikan matlamat Pendidikan Islam dalam negara ini tercapai.
File(s)
Loading...
Name
Penguasaan metode Rasm Uthmani di kalangan Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah Agama Integrasi di Selangor.pdf
Description
Penguasaan metode Rasm Uthmani di kalangan Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah Agama Integrasi di Selangor
Size
689.55 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):98115177bac3fd8f0671996ec024f37a