Options
Aplikasi Mudah Alih I-Rehlah Untuk Memartabatkan Pelancongan Islam Di Selangor Pada Era Globalisasi
Journal
Jurnal Pengajian Islam
ISSN
0127-8002
Date Issued
2024
Author(s)
Mohammad Imran Ahmad
Ahmad Syukri Adnan
Mohammad Najib Jaffar
Universiti Sains Islam Malaysia
Noor Azli Mohamed Masrop
DOI
10.53840/jpi.v17i1.306
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai kebolehgunaan reka bentuk kandungan dan persembahan aplikasi mudah alih I-Rehlah dalam memartabatkan pelancongan Islam di negeri Selangor pada era globalisasi. I-Rehlah adalah aplikasi mudah alih yang direka untuk pelancong Muslim, menyediakan mereka dengan panduan komprehensif dan interaktif ke destinasi pelancongan Islam di sekitar Selangor. Aplikasi ini telah direka menggunakan perisian InVision pada platform Android dengan berasaskan model reka bentuk pembangunan Pendekatan Reka bentuk dan Pembangunan (DDR) bermula daripada fasa analisis keperluan, reka bentuk dan pembangunan serta penilaian kebolehgunaan. Bagi menilai kandungan aplikasi ini, kaedah penilaian menggunakan tinjauan berdasarkan soal selidik dengan skala Likert lima pilihan telah digunakan. Seramai 58 reponden yang terdiri daripada pelajar, alumni dan pensyarah Fakulti Pengajian Peradaban Islam (FPPI) dan Fakulti Multimedia Kreatif & Perkomputeran (FMKK), Universiti Islam Selangor (UIS) telah dipilih sebagai sampel kajian. Dalam kajian ini, kaedah deskriptif digunakan untuk menilai persepsi pengguna terhadap kebolehgunaan reka bentuk kandungan aplikasi mudah alih I-Rehlah untuk memartabatkan pelancongan Islam di Selangor. Dapatan kajian mendapati bahawa kesemua item yang terdapat dalam bahagian kandungan dan persembahan aplikasi berada pada tahap interpretasi yang sangat tinggi iaitu masing-masing dengan nilai min = 4.75 (.369) dan 4.68 (.411). Dapatan ini menunjukkan bahawa pengguna sangat sangat berpuas hati dengan reka bentuk kandungan dan persemabahan aplikasi ini sekali gus dapat memperkukuhkan gagasan pelancongan Islam di kalangan masyarakat Islam di negeri Selangor. Kesimpulannya, pembinaan aplikasi mudah alih I-Rehlah ini berjaya dibangunkan dan berpotensi digunakan di kalangan ummah secara umumnya mahu pun di kalangan pelajar, pelancong dan pengamal industri pelancongan di seluruh negeri Selangor.
File(s)
Loading...
Name
Aplikasi Mudah Alih I-rehlah Untuk Memartabatkan Pelancongan Islam Di Selangor Pada Era Globalisasi
Type
main article
Size
325.18 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):bc68b4d7010e3692504a21d66240a16b