Publication:
Penerimaan dan Penyelarasan Fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia oleh Negeri-Negeri

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Persoalan mengenai penerimaan negeri-negeri terhadap fatwa yang dikeluarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MJFK) seringkali ditimbulkan dalam akhbar. Aspek perbezaan fatwa antara keduanya seringkali menjadi isu yang hangat dibincangkan. Matlamat kajian ini ialah untuk meneliti pandangan mereka-mereka yang terlibat secara langsung dalam proses perbincangan dan penghasilan fatwa di peringkat MJFK maupun di peringkat negeri mengenai penerimaan dan penyelarasan fatwa MJFK oleh negeri-negeri. Ia dijalankan secara kualitatif melibatkan kaedah temubual separa berstruktur (semi structured interviews) terhadap sebelas peserta kajian (PK) yang telah dipilih secara sampel bertujuan (purposive sampling) dari kalangan ahli-ahli MJFK dan Jabatan Mufti Negeri-Negeri. Hasil kajian mendapati rujukan terhadap fatwa MJFK sememangnya dibuat oleh negeri-negeri, kebanyakannya diterima tetapi terdapat sesetengah isu yang tidak diterima disebabkan kuasa yang ada pada negeri untuk menerima atau menolak fatwa MJFK mengikut keperluannya. Selain itu, berlaku juga perbezaan disebabkan faktor ijtihad di kalangan ahli-ahli, perbezaan dalam dasar sedia ada di negeri dan masalah pentadbiran fatwa di negeri-negeri. Beberapa usaha telah dirangka oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selaku urusetia MJFK bersama Jabatan Mufti untuk meningkatkan penyelarasan fatwa seperti menambahbaik sistem pengurusan fatwa, memperbanyakkan mesyuarat penyelarasan, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai-pegawai fatwa serta meluaskan kefahaman fatwa kepada ahli-ahli muzakarah dan masyarakat.

Description

Keywords

Fatwa, penyelarasan fatwa, ijtihad, MJFK

Citation