Options
Penggunaan Strategi Pembelajaran Kognitif (SPK) Terhadap Literasi Bahasa Sepanyol
Date Issued
2024
Author(s)
Haryantie Gopoit
Nur Amirah Nadiah Mustapa Kamal
Noorafini Kassim
Florina Jumil
Abstract
Strategi Pembelajaran Bahasa merupakan langkah untuk memudahkan proses pemerolehan, penyimpanan, dan penggunaan maklumat sehingga menjadikan pembelajaran lebih mudah, menyeronokkan dan lebih bermakna. Ia melibatkan penggunaan koginitif untuk mempertingkatkan penguasaan sesuatu Bahasa. Strategi penglibatan kognitif merupakan suatu strategi yang paling dekat dengan pemprosesan maklumat yang membolehkan pelajar memahami dan menghasilkan makna. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengaruh strategi pembelajaran kognitif (SPK) terhadap literasi Bahasa Sepanyol dalam kalangan pelajar prasiswazah. Dengan menggunakan pendekatan kuantitatif, seramai 130 orang pelajar yang mengambil kursus bahasa Sepanyol telah dipilih sebagai sampel kajian. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan skala likert dari skala 1 hingga skala 5. Data dikumpulkan menggunakan soal selidik dan dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) 25.0. Kajian ini memberikan implikasi kepada amalan pengajaran pensyarah dari segi penyediaan dan penyusunan kurikulum yang lebih berkesan dalam menghasilkan pembelajaran yang lebih bermakna dan meningkatkan penguasaan bahasa Sepanyol yang lebih berkesan dalam kalangan pelajar prasiswazah.
File(s)
Loading...
Name
Penggunaan Strategi Pembelajaran Kognitif (SPK) Terhadap Literasi Bahasa Sepanyol.pdf
Size
339.6 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):e5995703f2aa12b1341418ebf37a1358