Publication:
Analisis Tematik Penulisan Tentang Hak Kebebasan Beragama di Portal Berita Online Malaysiakini

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Hak Kebebasan Beragama (HKB) di Malaysia sering menjadi isu yang sering menjadi polemik bukan sahaja di peringkat negara namun antarabangsa. Antara isu HKB yang hangat diperdebatkan di Malaysia termasuk isu murtad, kalimah Allah dan ajaran sesat. Oleh itu, media memainkan peranan penting dalam menyampaikan isu HKB kepada orang awam. Penyampaian berita ini turut membentuk persepsi masyarakat terhadap isu HKB di Malaysia. Terdapat beberapa portal berita online yang menjadi medium penyampaian isu HKB. Salah satu portal berita yang sering melaporkan isu HKB daripanya ialah portal berita Malaysiakini.com. Oleh yang demikian, kertas kerja ini bertujuan menganalisis kandungan berita HKB di portal berita Malaysiakini.com. Metodologi yang digunakan adalah analisis kandungan berita berkaitan HKB bermula tahun 2019 hingga 2023. Kajian mendapati bahawa portal berita Malaysiakini.com telah menerbitkan berita HKB tertinggi pada tahun 2019 dan terendah pada tahun 2023 sehingga Mei. Penulis juga telah mengenalpasti sebanyak 12 tema HKB dari penulisan-penulisan yang telah diterbitkan iaitu; 1. Antarabangsa, 2. Dialog dan toleransi beragama, 3. Hak asasi manusia, 4. Hak penyebaran agama bukan Islam, ajaran dan ideologi asing, 5. Hak penyebaran agama Islam, 6. Kalimah Allah, 7. Kebebasan melakukan dosa dan menghina Islam, 8. Keluar masuk Islam, 9. Kenegaraan, 10. Kritik insittusi agama Islam, 11. Pemeliharaan tradisi Islam dan 12. Politik. Bagi menyeimbangkan pelaporan dan penulisan berita HKB yang bersifat masalah atau isu, portal berita atas talian seperti Malaysiakini juga disarankan untuk menulis tentang sikap toleransi beragama dan kehidupan yang harmoni yang telah dikecapi oleh masyarakat Malaysia.

Description

Vol. 3, Issue 2

Keywords

Hak kebebasan beragama, Malaysia, Malaysiakini, berita

Citation

AIN BALKIS MOHD AZAM, KAMAL AZMI ABD. RAHMAN, ABD HAKIM MOHAD, ADIBAH SULAIMAN, KHADIJAH MUDA, & SARJIT SINGH GILL. (2023). ANALISIS TEMATIK PENULISAN TENTANG HAK KEBEBASAN BERAGAMA DI PORTAL BERITA ONLINE MALAYSIAKINI. Al-i’lam - Journal of Contemporary Islamic Communication and Media, 3(2). https://doi.org/10.33102/jcicom.vol3no2.91