Options
Pengesanan Residu Najis Dan Bulu Dalam Glikopeptida Daripada Produk Sampingan Sarang Burung Walit Dan Implikasnya Terhadap Status Halal
Journal
Sains Malaysiana
ISSN
2735-0118
Date Issued
2024
Author(s)
Nazariah Yahaya
Universiti Sains Islam Malaysia
Muhammad Arieff Haikal Ezaidin
Universiti Sains Islam Malaysia
Hanis Nadia Yahya
Universiti Sains Islam Malaysia
Nur Aina Abdullah
Universiti Sains Islam Malaysia
Mohd Nasir Abdul Majid
Universiti Sains Islam Malaysia
Zizi Azlinda Mohd Yusof
Universiti Sains Islam Malaysia
Lim Seng Joe
Wan Aida Wan Mustapha
Noorul Syuhada Mohd Razali
Zanariah Hashim
Dayang Norulfairuz Abang Zaidel
Yanti Maslina Mohd Jusoh
DOI
10.17576/jsm-2024-5310-15
Abstract
Sarang Burung Walit (SBW) yang diperbuat daripada air liur burung spesies Aerodramus fuciphagus mempunyai banyak manfaat kesihatan seperti melambatkan proses penuaan serta menguatkan sistem imun manusia. Bagi memaksimumkan penggunaan SBW, hasil sampingan SBW daripada pembersihan awal digunakan oleh pengilang dengan mengekstrak semula glikopeptida yang melekat pada hasil sampingan tersebut. Namun, status Halal glikopeptida yang dikumpul daripada hasil sampingan SBW telah dipersoalkan berhubung kemungkinan kehadiran najis dan bulu burung pada produk akhir yang dijadikan bahan makanan. Kajian ini mengesan kehadiran najis dan bulu dalam glikopeptida yang diekstrak daripada hasil sampingan SBW dengan menggunakan analisis Spektroskopi Fourier Transformasi Intramerah (FTIR) yang digabungkan dengan Analisis Komponen Utama (PCA) dan selanjutnya dianalisis menggunakan Resonans Magnet Nuklear (NMR). Selain itu, kajian ini juga mengupas mengenai hukum syariah berkaitan dengan burung Walit dan perbandingannya dengan burung layang-layang serta status halal penggunaan glikopeptida yang diperoleh semula daripada hasil sampingan SBW. Hasil daripada kajian ini menunjukkan, analisis FTIR yang digabungkan dengan analisis PCA, dapat mengesan dan membezakan kehadiran penanda (bulu dan najis) dalam sampel hasil sampingan SBW yang diekstrak melalui proses pembersihan yang berbeza. Keputusan analisis yang sama juga diperoleh melalui kaedah NMR. Mengikut hukum syariah, jika jumlah najis (bulu dan najis) adalah minima dan tidak kelihatan dengan mata kasar, konsep al-najasah al-ma‘fuww ‘anha li qillatiha ‘urfan (ia dimaafkan kerana kadar kecil mengikut uruf) boleh digunakan. Produk itu boleh dipertimbangkan untuk mendapat sijil Halal daripada pihak berkuasa Malaysia.
File(s)
Loading...
Name
Pengesanan Residu Najis dan Bulu dalam Glikopeptida daripada Produk Sampingan Sarang Burung Walit dan Implikasnya terhadap Status Halal
Type
main article
Size
1.24 MB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):45c7975f28d2450bf836c13c03ff425c