Publication:
Fast Food dan Gerakan Slow Food dalam trend Gastronomi Moden

dc.contributor.authorSiti Nor Baya Binti Mat Yacoben_US
dc.contributor.authorSiti Nor Azhani Mohd Toharen_US
dc.contributor.authorKhadijah Binti Mudaen_US
dc.date.accessioned2024-05-31T02:07:09Z
dc.date.available2024-05-31T02:07:09Z
dc.date.issued2022
dc.descriptionE-Prosiding Seminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika Dan Turath Islami (i-STET) 2022 “Melestari Turath, Memartabat Falsafah, Memacu Peradaban”/ editor : Anita Ismail, Farah Laili Muda @ Ismail, Mashitah Sulaiman 19 Oktober 2022 (Secara Dalam Talian) Anjuran : Pusat Pengajian Teras Malaysia (USIM) Dengan Kerjasama :Institut Sains Islam (ISI), USIM, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei dan Universiti Islam Negeri (UIN), Sunan Kalijaga, Yokyakarta Indonesiaen_US
dc.description.abstractPengertian fast food adalah sebagaimana nama dan sebutannya, ia mewakili sifat dan ciri kecepatan, kepantasan serta berkaitan dengan ciri pengeluaran dan pembekalan makanan secara besar-besaran dalam masyarakat perindustrian yang berfungsi sebagai sistem berpusatkan kecekapan. Secara identiti dan realitinya, fast food dan juga slow food merupakan suatu pilihan kontras yang muncul dalam budaya makanan dan pemakanan serta cara hidup manusia pada abad ini. Tamadun manusia pada abad ini merupakan sebuah tamadun moden yang terinspirasi dan terbit daripada budaya fikir dan keilmuan yang berlaku di Eropah pada abad ke 18. Moden adalah projek pada era enlightenment yang lahir di Eropah bertujuan mengubah tamadun manusia secara keseluruhan. Hasrat modeniti adalah untuk berpaling terus daripada sifat tamadun traditional yang dianggap tidak progress, jumud dan ketinggalan. Ia membawa semangat perubahan yang bersifat progress secara relatif dalam semua bidang kehidupan dengan menjadikan ilmu sains dan teknologi sebagai sandaran kepada pembangunan yang bersifat maju ke hadapan. Makanan dalam kehidupan traditional merupakan keperluan harian, penghasilan makanan daripada kegiatan pertanian juga adalah bersifat self seffiency. Masyarakat traditional menikmati makanan dalam slow food mode, sumber makanan adalah hasil daripada tanaman ladang sendiri, dalam suasana tenang, sederhana, bersama keluarga, sesuai dengan sifat kehidupan pada masa itu yang tidak kelam kabut, tidak terkejar-kejar dan tidak cepat sebagaimana kehidupan moden hari ini. Selepas kita perlahan-lahan memasuki era moden yang ditandai oleh revolusi perindustrian di Eropah pada abad ke 19, tamadun manusia berubah daripada suasana tenang menjadi semakin cepat, sibuk dan kacau bilau. Pergerakan kehidupan manusia moden seolah-oleh seperti ditolak oleh suatu semangat kepantasan luar biasa sehingga tidak sempat menoleh ke belakang kerana dalam semangat moden, yang dibelakang itu sifatnya adalah mundur, jumud, ketinggalan serta tentu sekali tidak maju. Sifat kepantasan ini menyerang ke segenap cabang kehidupan termasuk juga ke dalam aktiviti yang paling asas iaitu mengenai makanan dan pemakanan. Jika zaman traditional budaya pemakanan lebih dinikmati dalam suasana slow food, tetapi dalam zaman moden, fast food telah mengemudi sifat dan ciri gastronominya. Penulisan ringkas ini bertujuan untuk berkongsi maklumat dan latarbelakang di sebalik fast food dan slow food dalam susur galur sejarah gastronomi manusiaen_US
dc.identifier.epage684
dc.identifier.isbne-ISBN : 9789670001746
dc.identifier.spage673
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18336
dc.language.isootheren_US
dc.publisherPenerbit USIMen_US
dc.relation.conferenceE-Prosiding Seminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika Dan Turath Islami (i-STET) 2022en_US
dc.titleFast Food dan Gerakan Slow Food dalam trend Gastronomi Modenen_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Fast Food dan Gerakan Slow Food dalam trend Gastronomi Moden.pdf
Size:
320.49 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Plain Text
Description:

Collections