Options
Sains Menurut Sa'id Al-andalusi Menerusi Kitab Tabaqat Al-umam
Journal
Jurnal Al-Tamaddun
Date Issued
2019
Author(s)
Mohd Zamrus bin Mohd Ali
DOI
https://doi.org/10.22452/JAT.vol14no2.4
Abstract
Dalam konteks pengistilahan ‘sains’, gambaran fungsional setiap kompenan ilmu telah membawa pengertian sains sebagai gagasan pengharmonian alam, manusia dan Tuhan. Melalui falsafah dan sejarah sains, sarjana sains Muslim menganggap dimensi ini sebagai suatu sifat yang sinonim terhadap fenomena pembangunan tamadun bangsa, manakala fungsi sains yang bersebab melatari fenomena tabii mendominasi corak pembangunan bangsa. Selaku ilmuwan dan saintis Muslim, Sa‘id al-Andalusi dalam tulisan kitabnya Tabaqat al-Umam mewacanakan tahap kemajuan pembangunan tamadun bangsa pada abad pertengahan sebagai menjawab isu ini. Kajian ini meninjau maknawi sains dari perspektif sejarah sains hasil penulisan Sa‘id al-Andalusi. Kajian juga bertujuan mengenal pasti pembangunan yang bersepadu dan berkepentingan hasil fungsi-fungsi yang pelbagai. Akhirnya, kajian berusaha mendalami subjek-subjek asas ilmu dalam konteks pembangunan berteraskan sains. Penyelidikan ini berasaskan kajian kepustakaan menerusi metode dokumentasi untuk mengumpulkan data-data berkaitan persoalan yang dikaji dan menerusi metode analisisdata iaitu proses mengesan bentuk data yang telah dikumpulkan untuk tujuan interpretasi. Kajian mendapati bahawa penggunaan istilah sains perlu difahami semula tanpa sebarang pemisahan bidang asalkan ilmu yang berpaksikan konsep mengenal diri, alam dan Pencipta. Kajian juga melihat bahawa korelasi antara fungsi sains dan adat budaya bangsa yang serius dengan sains menentukan pembentukan tamadun bangsa. Korelasi kedua-duanya mampu menjadi sumber penerokaan sains malah berupaya menjadi landasan kemajuan sains yang membentengi manusia daripada gejala ketamakan dan kejahilan terhadap falsafah disebalik istilah sains.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Sains Menurut Sa'id Al-andalusi Menerusi Kitab Tabaqat Al-umam.pdf
Size
404.26 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):afe58905e6d5018bfc9f3b1eb3b58da9