Options
Analisis Pendekatan Quran dan Sunnah Terhadap Konsep Rawatan Histeria dan Cabaran yang Dihadapi dalam Konteks Perubatan Islam
Date Issued
2024
Author(s)
Nur Amira Liyana Ishak
Nurul Syafiqah Jamaludin
Rabiatul Adawiyah Ahmad Syukri
Mohd Zahir Abdul Rahman
Abstract
Manusia didedahkan dengan pengalaman baru dalam banyak bidang kehidupan tanpa mengira kesan positif atau negatif. Antaranya adalah dalambidang Perubatan Islam. Perkembangan pusat-pusat rawatan Islam kini menyaksikan wujudnya pelbagai pendekatan dan kaedah yang dikenali sebagai “Rawatan Islam”. Realitinya, hanya sebahagian daripada pusat-pusat rawatan Islam tersebut yang benar-benar mengikut petunjuk al-Quran dan Sunnah. Oleh itu, kajian ini menggunakan kaedah tinjauan iaitu dengan kaedah kualitatif yang melibatkan temubual secara bersemuka bersama pengamal perubatan Islam di USIM. Hal ini bertujuan untuk mengkaji kaedah rawatan yang digunakan berdasarkan pendekatan al-Quran dan Sunnah dan cabarannya kepada pengamal perubatan Islam dalam menangani penyakit histeria. Hasil kajian mendapati, aspek spiritual sangat mempengaruhi punca berlakunya histeria dan membuktikan juga rawatan Islam yang dilaksanakan oleh pengamal perubatan Islam adalah berlandaskan hukum syariat Islam. Kajian ini membantu masyarakat mengetahui dengan lebih terperinci tentang histeria dan ilmu perubatan Islam.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Analisis Pendekatan Quran dan Sunnah Terhadap Konsep Rawatan Histeria dan Cabaran yang Dihadapi dalam Konteks Perubatan Islam.pdf
Size
533.7 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):c8f825fdde768a08f836d37bd8061314