Options
Pengaplikasian Fiqh Al-Waqi’: Asas Revolusi Pembuktian Kesalahan Jenayah Syariah Kontemporari
Date Issued
2024
Author(s)
Tuan Muhammad Faris Hamzi Tuan Ibrahim
Muhammad Sobri Faisal
Mohamad Aniq Aiman Alias Ahmad
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Fiqh al-Waqi’ adalah cabang penting dalam perundangan Islam yang menekankan keupayaan serta kebolehsuaian hukum syarak bagi menyesuaikan diri dengan cabaran semasa. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis penerapan fiqh al-waqi’ dalam konteks revolusi pembuktian jenayah syariah kontemporari, khususnya melalui integrasi teknologi moden. Pendekatan ini bertujuan memastikan revolusi pembuktian kesalahan jenayah adalah relevan dan selaras dengan prinsip syarak. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif melalui pendekatan dokumentari bagi metode pengumpulan data dan analisis kandungan bagi metode analisis data. Hasil kajian mendapati tiga qawāʿid al-fiqhiyyah utama yang relevan dipilih dalam pengaplikasian terhadap pembuktian jenayah moden, La Yunkar Taghayyur al-Ahkam bi Taghayyur al-Azman wa al-Ahwal (hukum berubah mengikut zaman dan keadaan), Al-Dhararu Yuzal (kemudaratan mesti dihapuskan), dan Tasarruf al-Imam ‘ala al-Ra’iyyah Manutun bi al- Maslahah (tindakan pemimpin bergantung kepada maslahah) sekali gus menunjukkan kesesuaian dan keperluan teknologi moden dalam pembuktian kesalahan jenayah. Akhir sekali, penulis mencadangkan agar penyelidikan masa depan memberi fokus kepada kajian keserasian pembuktian melalui teknologi baharu dengan standard Syariah. Langkah ini penting untuk menangani cabaran penyesuaian perundangan moden secara menyeluruh, sekali gus memperkukuhkan dinamisme prinsip-prinsip Islam dalam menghadapi perubahan realiti semasa.
File(s)
Loading...
Name
Pengaplikasian Fiqh Al-Waqi’ Asas Revolusi Pembuktian Kesalahan Jenayah Syariah Kontemporari.pdf
Size
324.31 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):df4f603de687e65e74b51f27ab0667eb