Options
Poligami dalam Syariah Berdasarkan Surah An-Nisa’ Ayat 3
Date Issued
2024
Author(s)
Aisyah Binti Fadzil
Siti Nur A’qila Binti Abdul Halim
Siti Khadijah Binti Sarif Absal
Sukhairu Bin Sulaiman
Abstract
Poligami adalah perkahwinan seorang suami dengan lebih dari seorang isteri. Ia merupakan pembahasan dalam perkahwinan yang paling banyak diperdebatkan dalam kalangan ahli hukum Islam. Kajian ini bertujuan untuk menyelidiki konsep poligami dalam kerangka syariah berdasarkan Al-Quran dengan penekanan khusus pada Surah An-Nisa’ (4:3). Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan kaedah analisis kandungan, melibatkan analisis teks Al-Quran, kajian tafsir serta kajian-kajian lepas yang berkaitan. Fokus kajian adalah untuk memahami landasan hukum, prinsip-prinsip dan implikasi pelaksanaan poligami dalam konteks ajaran Islam. Hasil kajian menunjukkan bahawa Al-Quran memberi kebenaran untuk mengamalkan poligami dengan syarat-syarat tertentu. Dalam surah An-Nisa’ ayat 3 menetapkan bahawa seseorang lelaki dibenarkan mempunyai lebih daripada 1 isteri dengan syarat bahawa dia mampu berlaku adil dan saksama. Konsep keadilan dalam konteks ini merangkumi aspek ekonomi, emosi dan pengagihan masa yang seimbang terhadap isteri-isteri. Justeru, diharapkan kajian ini dapat memberi pandangan yang mendalam mengenai konsep poligami dalam syariah berdasarkan Al-Quran dan kesesuaiannya dalam konteks kehidupan moden.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Poligami dalam Syariah Berdasarkan Surah An-Nisa’ Ayat 3.pdf
Size
463.42 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):57d01c01905ff9f426fc2198c3d44ac9