Repository logo
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
Repository logo
    Communities & Collections
    Research Outputs
    Fundings & Projects
    People
    Statistics
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. USIM Journals
  3. Jurnal Sains Insani
  4. Audit Sosial dan Transformasi Kepemimpinan Islam: Satu Kajian Kes Dalam Parlimen Pagoh, Malaysia
 
  • Details
Options

Audit Sosial dan Transformasi Kepemimpinan Islam: Satu Kajian Kes Dalam Parlimen Pagoh, Malaysia

Journal
Jurnal Sains Insani
Date Issued
2017
Author(s)
Othman Ab. Rahman
Sapora Sipon
Mohd Yahya Mohamed Arifin
Abstract
Menjalankan audit sosial akan melibatkan proses mengukur, melapor, memahami dan membaiki kemampuan sosial sesebuah masyarakat. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengukur keperluan pembangunan sosial masyarakat dalam Parlimen Pagoh selain untuk mengukur sejauhmana transformasi kepemimpinan Islam telah berlaku semasa era Tuan Guru Haji Mohd Yassin bin Muhammad. TGHMY merupakan seorang tokoh ulamak berpengaruh dan banyak berjasa dalam pembangunan Agama Islam dan pendidikan kepada masyarakat dalam Parlimen Pagoh dan sekitar dalam Negeri Johor Darul Takzim. Beliau telah mengasaskan Madrasah As-Sa'adiah (aliran Arab) dan Sekolah Menengah Mohd Yassin dalam tahun 1950an. Falsafah Tuan Guru Haji Mohd Yassin menegaskan bahawa kepemimpinan yang masyhur boleh digilap melalui pencapaian darjat iman dan taqwa kepada Allah (swt), dalam erti kata lain muraqabah yakni pendekatan diri kepada Allah (swt). Kepemimpinan Tuan Guru terserlah melalui usaha beliau menyampaikan ajaran Islam kepada anak bangsa, bertujuan untuk mengubah pemikiran orang Melayu pada masa itu agar celik ilmu agama dan membenteras kemunduran pendidikan. Berteraskan pemikiran rasional dan terbuka membuatkan Tuan Guru mengimbangi kepentingan ilmu duniawi dan ukhrawi melalui pendekatan dalam menyantuni kehidupan bermasyarakat melalui penyampaian ilmu agama yang berpandukan Al-Quran dan Al-Hadith serta melalui fahaman Ahl-as Sunnah wal-Jamaah. Model Transformational Leadership telah digunakan untuk mengukur proses transformasi kepemimpinan dengan mengemukakan empat dimensi yang disebut sebagai "the Four I's". Empat dimensi tersebut ialah, Idealized influence, inspirational motivation, intellectual stimulation dan individualized consideration. Kesemua dimensi di atas dimiliki oleh Tuan Guru Haji Mohd Yassin. Data berbentuk kualitatif pula diperolehi melalui temubual berfokus, analisis dokumen serta pemerhatian terhadap pelbagai lapisan penduduk dalam Parlimen Pagoh. Maklumat daripada enam elemen keperluan pembangunan masyarakat iaitu, agama, ekonomi, sosial, persekitaran, kesihatan dan pendidikan serta politik telah dianalisa berdasarkan dimensi "the Four I's" transformasi kepemimpinan sejak zaman kepemimpinan Tuan Guru Haji Mohd Yassin hingga zaman kepemimpinan sekarang.
Subjects

Kepemimpinan Transfor...

Pendidikan Islam

Kemasyarakatan

File(s)
Loading...
Thumbnail Image
Name

Audit Sosial dan Transformasi Kepemimpinan Islam Satu Kajian Kes Dalam Parlimen Pagoh, Malaysia.pdf

Size

733.36 KB

Format

Adobe PDF

Checksum

(MD5):9b9cc5f90aec6c4b6b4e7849fe1905f5

Welcome to SRP

"A platform where you can access full-text research
papers, journal articles, conference papers, book
chapters, and theses by USIM researchers and students.”

Contact:
  • ddms@usim.edu.my
  • 06-798 6206 / 6221
  • USIM Library
Follow Us:
READ MORE Copyright © 2024 Universiti Sains Islam Malaysia